11.07.2015 Views

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bahagian 3.3 menggariskan enam NKRA iaitu mengurangkan jenayah, membanterasrasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, mempertingkatkan taraf hidupisirumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandardan mempertingkatkan pengangkutan awam bandar. Ini merupakan permulaankepada pengurusan sebahagian daripada polariti di negara kita yang kompleks.NKRA tersebut dihuraikan dengan lanjut dalam Bab 6 hingga 11.Dikenal pasti dan dirangka berdasarkan maklum balas awam, enam NKRA inidimaksudkan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama danwilayah. Empat daripadanya, iaitu pendidikan, isirumah berpendapatan rendah,infrastruktur luar bandar dan pengangkutan awam bandar mensasarkan keperluankumpulan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik. Kejadian kemiskinandan kekurangan infrastruktur adalah lebih menonjol di kalangan orang Melayu,Bumiputera Sabah dan Sarawak, India dan Orang Asli, meskipun ia tidaklaheksklusif kepada mereka sahaja. Dengan menyampaikan NKRA ini, kita akanmengurangkan ketidaksamaan sedia ada, yang seterusnya akan mengurangkanperasaan yang munasabah ekoran kehilangan hak yang relatif yang ada kalanyamungkin bertukar menjadi rasa tidak puas hati yang dianggap dan diungkapkandalam bentuk perkauman.Malah, usaha bersepadu untuk menyampaikan hasil positif dalam enam NKRAakan menggalakkan, menggembleng dan merangsangkan penyertaan yang aktifdan sumbangan yang berkesan daripada pegawai kerajaan, sektor swasta, badanbukan kerajaan (NGO) dan rakyat jelata. Ini seterusnya akan memupuk rasa kesatuanmatlamat yang lebih padu dan membawa rakyat lebih dekat bersama antara satusama lain.Sumbangan terhadap keharmonian sosial, perpaduan nasional, integrasi – dankemuncaknya 1Malaysia –menerusi penyampaian hasil-hasil positif yang berjayadalam enam NKRA akan diringkaskan seperti yang berikut:-1. Mengurangkan jenayah – Kejadian jenayah tidak mengira bangsa danagama, meskipun kadar jenayah secara umumnya lebih tinggi berlaku dalamkawasan berpendapatan rendah dan sederhana. Walau bagaimanapun,dalam beberapa kejadian di mana penjenayah berasal daripada satu kaumdan mangsa daripada kaum yang lain, persepsi bahawa jenayah didorongoleh perkauman tidak dapat dibendung sepenuhnya. Malah, hakikat bahawapasukan polis kebanyakannya orang Melayu juga mungkin menyemarakkanlagi persepsi perkauman. Justeru itu, usaha bersepadu untuk meningkatkanlagi kualiti, keberkesanan dan kebajikan pasukan polis, untuk merangsangpenyertaan oleh semua golongan dalam bekerjasama dengan polis untukmenentang jenayah dan meningkatkan kesedaran mengenai isu dan faktoryang mengakibatkan jenayah akan menyumbang secara positif kepadapenghapusan stereotaip perkauman dan persepsi negatif – dan kemuncaknyamenyumbang kepada perpaduan nasional.Membanteras rasuah2. – Seperti jenayah, rasuah bukan isu yang berasaskankaum atau agama. Banyak lagi negara yang hanya terdiri daripada satu etnikbergelut dengan masalah rasuah yang lebih serius. Walau bagaimanapun,hakikat bahawa majoriti besar pegawai kerajaan ialah golongan Bumiputera,selain kekayaan dan kuasa tertumpu pada golongan elit, memangadakalanya menimbulkan prejudis dan persepsi berasaskan kaum. Justeru,sebuah kempen yang bersungguh-sungguh untuk membanteras rasuahdengan mewujudkan sistem, mekanisma dan prosedur yang lebih berkesanselain melibatkan maklum balas awam yang lebih terbuka dan telus akandapat memperbaiki persepsi negatif dan menyumbang kepada perpaduannasional.79

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!