11.07.2015 Views

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

<strong>Pelan</strong> <strong>Hala</strong> <strong>Tuju</strong> Program Transformasi KerajaanBab 7 : Membanteras rasuahPegawai awam yang disabitkan kesalahan juga akan dipecat daripada jawatan,kehilangan pencen dan faedah-faedah yang lain selain dihalang daripada pelantikankerajaan pada masa hadapan. Bagi kes-kes yang dirujuk semula kepada jabatanyang berkenaan, terdapat garis panduan yang jelas yang menjajarkan tindakandisiplin dengan keseriusan kesalahan. Pelaksanaan tindakan disiplin sedemikianakan mematuhi jadual pelaksanaan yang ditetapkan untuk memastikan tidakterdapat sebarang penangguhan yang tidak perlu dalam pelaksanaan hukuman.Kami juga akan melaksanakan sekatan jangka panjang yang melibatkan sektorswasta. Pada masa ini, pesalah yang disabitkan tidak disenaraihitamkan dan masihboleh mengambil bahagian dalam perolehan kerajaan. Oleh itu, kontrak kerajaanakan merangkumi klausa yang menjadikan pesalah yang disabitkan tertakluk padapenamatan kontrak serta merta tanpa ganti rugi di samping sekatan lima tahunpenyertaan dalam kontrak kerajaan.• Inisiatif 9: membangunkan pangkalan data pesalah `name-and-shame’(namakan dan malukan)Pendekatan ‘name and shame’ dalam bentuk pangkalan data awam, yangmenyenaraikan para pesalah rasuah, akan dilaksanakan sebagai langkah pencegahantambahan dalam membanteras pengambilan rasuah. Selain itu, pangkalan dataawam juga akan berfungsi bagi mempermudah keputusan pengambilan kerja,terutamanya bagi jawatan yang sensitif yang melibatkan kuasa dan amanah.Pada masa ini, tidak terdapat jalan yang mudah untuk membuat semakan terhadappesalah rasuah. Mereka yang disabitkan kesalahan hanya dapat disemak menerusijurnal undang-undang, <strong>Jabatan</strong> Penjara atau Pendaftar Penjenayah dan Orangyang Tidak Diingini. Pangkalan data tersebut bertujuan membetulkan situasi ini danmenjadikan senarai semakan tersebut boleh diakses oleh orang ramai menerusilaman web SPRM. Hanya rekod sabitan kesalahan baru dari 1 Januari 2010 danseterusnya dapat diperoleh di pangkalan data ini. Sementara maklumat mengenaipesalah akan didedahkan kepada orang ramai selama tiga tahun, semua maklumatyang diperoleh akan disimpan di pangkalan data ini tanpa batasan waktu untukrujukan dalaman.Di samping inisiatif-inisiatif utama ini, kami juga akan melaksanakan inisiatifinisiatiflain yang direka bentuk untuk mengurangkan rasuah besar. Ini termasukmendedahkan jumlah peruntukan kerajaan dan perbelanjaan yang terhasil daripadasetiap ahli parlimen selain membangunkan skim ganjaran dan pengiktirafan untukkakitangan awam yang memberikan bantuan dalam kes rasuah.7.4 Tahap pencapaian utama inisiatifBerdasarkan bidang tumpuan dan aturan inisiatif yang dihuraikan di atas, Gambarajah7.10 menggambarkan apa yang boleh dilihat oleh rakyat dalam tempoh tiga tahunyang akan datang. Tahap pencapaian yang eksplisit ini didedahkan susulan maklumbalas daripada rakyat sewaktu berlangsungnya Hari Terbuka, yang memohonsupaya kami memberikan perincian yang lebih lanjut tentang hasil-hasil ketara yangboleh dicapai dalam usaha kami membanteras rasuah.160

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!