11.07.2015 Views

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

Pelan Hala Tuju GTP - Jabatan Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

<strong>Pelan</strong> <strong>Hala</strong> <strong>Tuju</strong> Program Transformasi KerajaanBab 13: Memastikan Pencapaian DiutamakanPembaharuan sektor awam di New ZealandPada pertengahan tahun 1980-an, New Zealand telah menghadapi krisisekonomi yang besar: dengan defisit fiskal sebanyak 6–7% daripada KDNK,defisit akaun semasa sebanyak 9% daripada KDNK, inflasi dua angka, kadarpengangguran yang semakin meningkat dan, di suatu ketika, penurunan nilaidolar New Zealand sebanyak 20%. Rakyat New Zealand pada masa itu yakinbersama bahawa perubahan segera amat perlu.Sebagai tindak balas, kerajaan New Zealand menjalankan sebuah programpembaharuan mikro dan makro ekonomi yang komprehensif dan segera.Sebahagian penting daripada agenda pembaharuannya adalah pembaharuanluas sektor awam, termasuk memperkenalkan akauntabiliti prestasi danrejim belanjawan yang serentak untuk meningkatkan ketika, jabatan-jabatankerajaan. Inisiatif-inisiatif adalah termasuk:• Memperkasakan ketua eksekutif setiap agensi di kala mengukuhkanakauntabiliti sebagai balasan: Kerajaan memberikan ketua eksekutifkebolehan melantik dan memecat kakitangan masing-masing, tetapi padamasa yang sama, menjadikan mereka bertanggungjawab secara khususkepada menteri berkenaan bagi keberhasilan nyata• Mengamalkan kewibawaan dan ketelusan data untuk memudahkanpengambilan keputusan dan pemantauan prestasi: Kerajaanmembentuk Unit Pemantauan Diraja (Crown Monitoring Unit) sebagaisebuah badan statistik dan pemantauan bebas, memperkenalkan pelaporankewangan yang telus serta menggunakan taraf sektor swasta sebaikmungkin untuk menilai prestasi• Mengeksploitasi penjimatan kecekapan yang didorong oleh IT: Kerajaanmengurangkan penjawat awam sebanyak hampir 30% dan menambahbaik IT, seperti memperkenalkan algoritma baru untuk mempertingkatkankecekapan pemantauan pemungutan cukaiImpak daripada pembaharuan amat ketara: penambahan paras produktivitisecara nyata, dengan amalan pengurusan dan kualiti yang lebih baik, danpenjimatan kos unit melebihi 20% dalam kebanyakan kes. Defisit fiskal berubahmenjadi lebihan dalam masa sepuluh tahun.13.3 Fasa 3 (2015-2020): Kami akan menggalakkan inovasi, pilihan danpersaingan, mengurangkan saiz kerajaan di kala menambahkan peranansektor swasta dalam pembekalan khidmat awamKami akan bergerak ke arah model kerajaan baru yang lebih kecil di sampingmempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam secara serentak. Matlamat kamiadalah supaya Malaysia mampu melihat saiz kerajaannya nyata berkurangansebagai sebahagian daripada KDNK, tanpa pengurangan dalam kuantiti dan kualitiperkhidmatan awam yang ditawarkan.266

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!