12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

24.1.4 Kajian KemungkinanPerbadanan merancang pelaburan akan dibuat dalam bidang yang telah dikenal pastiberdaya maju dan Perbadanan mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam aktivitipertanian yang diceburi. Sektor perladangan menjadi keutamaan dan kajiankemungkinan yang dijalankan perlu mengambi kira kriteria pelaburan yang ditetapkanmengenai faktor kewangan meliputi kadar pulangan dalaman (IRR), nilai kini bersih(NPV), aliran tunai dan tempoh bayaran balik. Perbadanan menetapkan kadarpulangan dalaman bagi pelaburan projek baru sekurang-kurangnya pada kadar 20%.Ini bagi memastikan pelaburan dalam projek pertanian yang akan dilaksanakan dapatmemberikan pulangan yang maksimum kepada Perbadanan.24.1.5 Kajian Penilaian Kesan Alam SekitarPerbadanan akan memastikan semua aktiviti pembangunan ladang yang dijalankanmengamalkan pembangunan mampan dengan mengelakkan pencemaran alam sekitar,melindungi kapasiti ekosistem, mengelakkan pembangunan yang akan mengancamkesihatan manusia dan menjejaskan kualiti kehidupan. Kajian Penilaian Kesan AlamSekitar (EIA) akan dilaksanakan seperti yang ditetapkan oleh Akta Kualiti AlamSekeliling 1974.24.1.6 Kaedah PembangunanPerbadanan akan memberi lebih penekanan kepada projek komersial yang berskalabesar bagi mengubah kedudukannya kepada sebuah organisasi yang kukuh, berdayamaju dan seterusnya dapat menyumbang kesan yang positif kepada matlamat DasarPertanian <strong>Negara</strong> Ketiga (DPN3). Bagi mencapai objektif tersebut, Perbadananmerancang selain daripada membangunkan dan mengurus ladang secara sendiri,pembangunan ladang juga akan dilaksanakan bersama syarikat subsidiarinya dansyarikat lain yang berpengalaman. Projek usahasama akan dijalankan bagi projekpertanian yang telah mempunyai pasaran terjamin serta menggunakan teknologi danteknik pengurusan terbaru. Bahagian Kawalan Operasi Syarikat Perbadanan akanbertanggungjawab mengawal dan menyelaras aktiviti perladangan yang dilaksanakanoleh ladang Perbadanan, syarikat subsidiari dan syarikat lain agar selaras dengandasar dan matlamat pembangunan Perbadanan.24.1.7 Sasaran Aktiviti Pembangunan LadangPerbadanan mensasarkan pembangunan ladang akan menyumbang pulangan yangmaksimum dan akan menjadikan Perbadanan serta syarikat subsidiarinya lebihmantap, teguh serta berdaya saing. Perbadanan tidak menetapkan Key PerformanceIndicators yang khusus bagi menilai dan mengukur pencapaian prestasi terhadapproduktiviti dan daya saing. Bagi mencapai sasaran terhadap projek dan program yangakan dilaksanakan, Perbadanan menetapkan beberapa strategi pembangunan sepertipelaksanaan projek komersil yang berdaya maju, berskala besar menggunakanteknologi terkini dan menghasilkan produktiviti yang tinggi berorientasikan eksport bagimenghadapi cabaran dan saingan.143

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!