12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Analisis juga mendapati jumlah lokasi yang dilawati dan jumlah pesertaprogram ini pada perjanjian ke 2 telah berkurangan kerana syarikat pengendalitelah menghentikan perkhidmatan pada Mei 2007. Semakan Audit di JabatanInsolvensi Malaysia mendapat syarikat telah digulung pada 9 Ogos 2006 olehMahkamah Tinggi Shah Alam.Pada pendapat Audit, pelaksanaan program K-Trak yang dikendalikanoleh syarikat adalah memuaskan. Namun syarikat gagal meneruskanprogram tersebut sehingga tamat kontrak kerana penggulungan syarikat.iii) Penggulungan Syarikat• Perjanjian kedua ditandatangani pada 25 April 2006 dan sejumlahRM270,000 telah dibayar kepada Syarikat Ruhas Technology Sdn. Bhd.sebagai bayaran pendahuluan pada bulan Mei 2006. Semakan Auditmendapati, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengeluarkan perintahpenggulungan Syarikat Ruhas Technology Sdn. Bhd. pada 9 Ogos 2006.Bagaimanapun, syarikat masih terus beroperasi sehingga bulan Mei 2007.Mengikut syarat 20.2 perjanjian, sekiranya berlaku penamatan perjanjian,bayaran pendahuluan kepada Syarikat Ruhas Technology Sdn. Bhd.hendaklah dikembalikan kepada Kerajaan Negeri, secara pro-rated basisbagi perkhidmatan yang telah diberikan. Oleh kerana perkhidmatan yangdiberi adalah sehingga bulan Mei 2007, ini bermakna Syarikat RuhasTechnology Sdn. Bhd. perlu membayar balik kepada Kerajaan Negeri bakibayaran pendahuluan bagi tempoh 7 bulan perkhidmatan yang tidak diberiberjumlah RM78,750. Bagaimanapun, bayaran bagi perkhidmatan yangtelah diberi bagi tempoh Januari hingga Mei 2007 berjumlah RM131,250belum dibuat oleh PTMK.• Mengikut perjanjian pertama, Kerajaan telah membuat bayaran pada Julai2002 kepada syarikat pengendali setelah perjanjian dimeterai berjumlahRM489,000 iaitu 30% dari nilai kontrak yang berjumlah RM1.65 juta.Pembayaran ini adalah untuk membekal, memasang dan menguji 1 unitMakmal Komputer Bergerak yang dilengkapi dengan peralatan komputer,perisian dan sambungan talian Internet. Segala kos penyenggaraanmakmal ini ditanggung oleh syarikat pengendali. Semakan Audit mendapatikenderaan makmal ini didaftarkan atas nama syarikat pengendali iaituSyarikat Ruhas Technology Sdn. Bhd.. Apabila perintah penggulunganterhadap Syarikat Ruhas Technology Sdn. Bhd. dikeluarkan oleh MahkamahTinggi Shah Alam pada 9 Ogos 2006, operasi K-Trak telah dihentikan padabulan Mei 2007 dan kenderaan ini diletakkan di tempat meletak kenderaanPejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat. Lawatan Audit mendapati K-Trakini berada dalam keadaan yang tidak sempurna iaitu peralatan komputersebahagiannya telah dikeluarkan dari kenderaan berkenaan, keadaan33

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!