12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

a) Kandungan Dokumen KontrakDokumen kontrak yang disediakan meliputi perjanjian kontrak, Syarat dankehendak kontrak, Cadangan Teknikal, Analisis Nilai Kontrak dan satu jilid lukisankontrak yang juga merupakan sebahagian daripada kontrak. Semakan <strong>Audit</strong>mendapati tiada perubahan ketara dalam dokumen kontrak yang dimeterai antaraMajlis dengan kedua-dua syarikat kontraktor.Pada kontrak yang pertama iaitu dengan Syarikat Pemaju Prasarana Sdn Bhd,pihak kontraktor disyaratkan menyerahkan kepada Majlis, Bon Pelaksanaansejumlah RM99,686 (merupakan 5% daripada harga kontrak) dan juga Polisi RisikoSemua Kontraktor serta Polisi Insurans pampasan Pekerja. Pihak <strong>Audit</strong> mendapatibayaran bon pelaksanaan telah dilakukan dengan cara potongan daripada bayaraninterim kemajuan kerja iaitu sejumlah 10% setiap bayaran sehingga mencapaikadar 5% yang ditetapkan dalam kontrak. Sehingga kontrak ditamatkan pada 22Disember 2004, Majlis telah menerima jumlah bon Pelaksanaan yang ditetapkandalam kontrak dan menahan jumlah wang tersebut.Bagi kontrak yang kedua iaitu dengan Sidek bin Haji Kamaruddin, syarat-syaratyang sama juga dikenakan bagi Bon Pelaksanaan serta Polisi Risiko SemuaKontraktor dan juga Polisi Insurans Pampasan Pekerja. Bayaran bon pelaksanaanjuga telah dipotong daripada bayaran interim. Sehingga tarikh pengauditan, pihakMajlis telah mengutip 10% Bon Jaminan Pelaksanaan yang dikenakan.b) Perubahan KerjaYang DiPertua Majlis Daerah Kuala Selangor selaku Pengarah Projek telahmengarahkan kontraktor kedua melakukan satu perubahan kerja pada suratbertarikh 11 Oktober 2006. Arahan perubahan kerja tersebut adalah selarasdengan klausa 5 dan/atau 5(a) (viiii) syarat-syarat kontrak. Pihak kontraktor telahmengemukakan invois berjumlah RM182,760 atas kerja-kerja tambahan yang telahdilaksanakan. Bagaimanapun, pihak <strong>Audit</strong> dimaklumkan, Majlis masih belummembuat pembayaran. Arahan perubahan kerja oleh pegawai penguasa itu adalahseperti berikut:i) Membekal dan memasang sub-meter bekalan air untuk gerai-gerai jualan.ii) Kerja-kerja mengubahsuai, membina serta memasang bumbung sky roofjenis kalis cahaya.iii) Kerja-kerja tambahan membina dan menurap tempat letak kereta berhampiranjalan utama ke pasar basah.iv) Kerja-kerja cerucuk bakau bagi pembinaan box culvert bagi sistem saliran.v) Kerja-kerja memasang kemasan tiles bagi kemasan penahan air bagi mejajualan (table top) basah.237

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!