07.04.2019 Views

Wadah 2014_Portal

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

WADAH EDISI 2014

Oleh itu kaunselor perlu meningkatkan

kefahaman teori. Salah satu cara yang boleh

dilakukan adalah melalui pengaplikasian teori.

Pengaplikasian teori secara berterusan

terbukti telah memberi sumbangan yang agak

besar terhadap aspek ini. Cheston (2000)

mendapati responden kajiannya sentiasa

menggunakan teori kaunseling yang berlainan

dalam tempoh masa tertentu sepanjang

perkhidmatannya sebagai seorang kaunselor

terlatih. Ini memberi makna dalam tempoh

masa tertentu, seorang kaunselor telah

mampu memahami secara mendalam teori

yang digunakan. Apabila teori telah difahami,

kaunselor akan mula meneliti kesesuaian

dengan dirinya sama ada dari segi falsafah

peribadi, personaliti, didikan agama, asuhan

keluarga dan umur. Kaunselor berkesan akan

menyesuaikan faktor-faktor ini dengan falsafah

teori yang mahu digunakan. Proses pencarian

ini akan berterusan sepanjang perkhidmatan

sehingga dia menemui teori yang benar-benar

sepadan dengan dirinya. Dalam tempoh

tersebut selain menggunakan teori kaunseling

utama yang telah kukuh, kaunselor juga

disaran membina teori peribadi secara

bersistematik berasaskan pengalaman yang

dilalui.

Penggunaan Teori

Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat

dua teori paling popular digunakan oleh

kaunselor yang dikaji iaitu REBT dan PCC.

Dapatan ini adalah selaras dengan trend

semasa penggunaan teori dalam banyak

kajian berkaitan penggunaan teori. Kajian

oleh Chan (2008), Considine (2006), Mc Clure

(2005), Miller (2006), Varlami dan Bayne (2007)

dan Zakaria (2007) melaporkan REBT dan PCC

adalah teori yang paling popular digunakan

oleh kaunselor dan ahli psikologi.

Selain itu, pengkaji berpendapat konstruk

A-B-C-D-E yang menjadi teras pengaplikasian

REBT mudah difahami dan sesuai digunakan

oleh kaunselor kepada pelajar. Langkah yang

sistematik dan jelas sangat membantu semasa

mereka menjalankan sesi kaunseling. Dari

sudut teori PCC pula, kemahiran asas

kaunseling yang dipelopori oleh teori ini

dapat membantu kaunselor agar berasa selesa

apabila berinteraksi dengan klien. Hubungan

kaunseling yang berlandaskan kemesraan pula

menjadikan klien tidak rasa tertekan. Konsep

kongruen, penerimaan tanpa syarat dan

empati telah memberi sumbangan yang amat

besar terhadap perhubungan terapeutik yang

menjadi teras kepada PCC. Miller (2006)

menyatakan, keutamaan PCC dalam

mewujudkan hubungan terapeutik mungkin

penyebab utama pelatih kaunseling memilih

PCC sebagai teori kaunseling yang paling

diminati. Othman (2005) pula berpendapat,

konsep utama yang terdapat dalam teori PCC

a d a l a h b e r s e s u a i a n d e n g a n b u d a y a

masyarakat Malaysia yang mana ciri-ciri

interaksi PCC sebenarnya banyak persamaan

dengan ciri-ciri berinteraksi masyarakat

Melayu, Cina dan India.

Faktor Mempengaruhi Penggunaan Teori

Dapatan kajian ini yang mendapati faktorfaktor

seperti pengalaman klinikal, falsafah

teori, personaliti, latihan diterima, falsafah

peribadi, pengaruh penyelia/pensyarah,

didikan agama, asuhan keluarga, rakan sekerja

dan faktor umur telah mengesahkan bahawa

penggunaan teori kaunseling tertentu

sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Faktor-faktor ini adalah berbeza dari segi

kekuatan pengaruhnya. Pengalaman klinikal

d a n f a l s a f a h t e o r i d i d a p a t i p a l i n g

m e m p e n g a r u h i i a i t u k e d u a - d u a n y a

mempunyai keputusan yang sama dengan

kekerapan 86 kali (66.2%) dipilih oleh

responden.

Faktor pengalaman klinikal berhubung

rapat dengan faktor umur kaunselor dan

pengalaman mereka menjalankan sesi

kaunseling. Pengalaman dan umur pula

dikaitkan dengan kematangan. Kebiasaannya

lebih berusia seseorang kaunselor itu dia

dikatakan lebih berpengalaman dan matang.

Pengalaman yang luas dalam menjalankan

sesi kaunseling menjadikan kaunselor lebih

matang dalam membuat keputusan terhadap

teori yang bersesuaian dengan dirinya.

35

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!