30.08.2016 Views

Buku Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2015-2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 481

Silibus Kursus

Courses Syllabus

KKSB1113 Sejarah Seni Bina

History of Architecture

Kursus ini terlebih dahulu membincangkan sejarah serta peradaban senibina

purba khususnya di Mesir dan Eropah dimana peradaban purba tersebut telah

memberikan kesan yang besar dalam pembangunan sejarah senibina moden,

pasca moden dan masa kini. Disamping itu sejarah senibina terawal

masyarakat di kebenuaan Timur Tengah, India dan Timur Jauh juga dibincangkan

untuk perbandingan. Tajuk perbincangan menyentuh mengenai pelbagai unsur

senibina, teori dan falsafah rekabentuk, kesenian dan kebudayaan serta

teknologi binaan yang telah digunakan dalam pembangunan pelbagai penjenisan

senibina yang telah dihasilkan. Kursus ini seterusnya menbincangkan

perkembangan hasilkerja senibina selepas dari era penjajahan Roman di Eropah

dan juga perkembangannya di Amerika Syarikat pada kurun ke 19 dan 20

Masehi. Perbincangan ditumpukan kepada penyebapan timbulnya pemikiran

senibina moden di England, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat.

Perkembangan senibina moden di negara-negara tersebut telah melalui

kaedah dan pendekatan yang berbeza yang perlu difahami oleh pelajar dimana

di zaman tersebutlah berlakunya perubahan perlambangan dan penjenisan

bangunan yang disertai dengan pembangunan falsafah-falsafah seni dan

senibina moden. Pelajar akan didedahkan dengan rangkakerja senibina moden

yang seterusnya berkembang ke seluruh dunia pada kurun ke 20. Penemuan serta

penghasilan bahan-bahan binaan baru seperti besi keluli, kaca, konkrit dan

sebagainya telah mendorong kepada rekabentuk bangunan pencakar langit,

bangunan kilang, bengkel dan jambatan yang beregangan luas disamping

sistem struktur bangunan yang menakjubkan. Pelajar juga akan disedarkan

dengan pendidikan moral dalam senibina agar mereka lebih beretika dalam

menjalankan tugas mereka juga sentiasa berada di dalam landasan yang betul

dalam mengamalkan senibina terutama dalam merangka ke arah gagasan

identiti senibina kebangsaan.

This course discusses the histories and civilizations of ancient architecture,

especially in Egypt and Europe where ancient civilizations had a great

impact in the development of modern, post-modern and present architectural

history. In addition, the architectural history of the earliest communities in

continental Middle East, India and the Far East are also discussed for

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!