12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MAJLIS DAERAH SABAK BERNAMPROJEK PEMBINAAN DAN PENGURUSAN INFRASTRUKTUR PELANCONGAN DANMARINE PARK17. LATAR BELAKANG17.1 Majlis Daerah Sabak Bernam (Majlis) ditubuhkan pada tahun 1997. Majlis adalahsebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diwujudkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan1976 (Akta 171) untuk menyediakan perkhidmatan sosial dan kemasyarakatan kepadapenduduk di bawah pentadbirannya yang dianggarkan seramai 55,000 orang. PentadbiranMajlis meliputi kawasan seluas 17.32 kilometer persegi.17.2 Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis telah membina Infrastruktur PelanconganDan Marine Park di muara Sungai Haji Dorani, Mukim Panchang Bedena, Daerah SabakBernam. Tujuan pembinaan projek ini adalah untuk menarik pelancong dari dalam dan luardaerah sebagai satu kaedah untuk menjana ekonomi Daerah Sabak Bernam. Projekbernilai RM29.98 juta ini telah ditawarkan kepada Syarikat Pembinaan Ikhasas Merak Sdn.Bhd. secara rundingan terus. Pembinaan projek ini dimulakan pada tahun 2003 dan siappada akhir tahun 2004.17.3 Infrastruktur pelancongan ini kemudiannya dikenali sebagai D’Muara Dorani MarinePark dan beroperasi di bawah pengurusan sebuah syarikat swasta iaitu Bayu DoraniServices Sdn. Bhd.. Syarikat tersebut menyewa infrastruktur pelancongan ini dengan kadarsewa RM6,550 sebulan dari Majlis mulai Februari 2005 untuk tempoh 30 tahun.18. OBJEKTIF PENGAUDITANObjektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada pembinaan dan pengurusanInfrastruktur Pelancongan Dan Marine Park di Sabak Bernam telah dilaksanakan dengancekap dan berkesan serta mencapai matlamatnya.19. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANPemilihan projek ini adalah berdasarkan kepada anggaran kos projek asal berjumlahRM10 juta yang telah meningkat menjadi RM29.98 juta. Pengauditan projek ini meliputiaspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap pembinaan dan pengurusanInfrastruktur Pelancongan Dan Marine Park di Sabak Bernam bagi tempoh tahun 2001hingga 2006. Pemeriksaan <strong>Audit</strong> dilakukan dengan menyemak rekod dan dokumen yangberkaitan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis. Analisis juga dibuat terhadapstatus kemajuan kerja bagi Februari 2003 hingga Disember 2004. Temu bual danperbincangan dengan pegawai dan kakitangan Majlis juga diadakan untuk mendapatkanmaklumat serta penjelasan. Selain itu, lawatan <strong>Audit</strong> ke tapak projek telah dilakukan pada120

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!