12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

pelancongan di samping membantu penyertaan kontraktor bumiputera dalamindustri pembinaan.20.2.2 Undang-undang Dan PeraturanPembinaan projek ini selaras dengan fungsi Majlis iaitu menyediakan infrastrukturuntuk kemudahan rakyat di samping menggalakkan industri pelancongan di DaerahSabak Bernam. Bagaimanapun, Majlis tidak mendapat kebenaran merancang dariJabatan Perancang Bandar Dan Desa. Seksyen 18 hingga Seksyen 20 AktaPerancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) menjelaskan prosedur yangmenghendaki pemohon mengemukakan permohonan kepada Pihak BerkuasaPerancangan Tempatan untuk mendapatkan kelulusan sebelum memulakan sebarangpembangunan di atas tapak tanah mereka. Perihal kerja pemaju di atas tanahbersebelahan Lot 11180 dan Lot 11155 D’Muara Sungai Haji Dorani adalah tertaklukkepada kebenaran daripada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. Semakan Auditmendapati Kerajaan Negeri mahupun Majlis selaku agensi pelaksana tidakmengemukakan permohonan untuk kebenaran merancang daripada JabatanPerancangan Bandar Dan Desa. Pihak Audit juga mendapati pembinaan projek inidilaksanakan tanpa pemilikan tanah yang sah. Merujuk Surat JPBD.Sel./05/83/00001-T(2) bertarikh 7 Oktober 2003, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa tidakmenyokong permohonan pemberimilikan tanah Kerajaan di kawasan Sungai HajiDorani untuk pembangunan bercampur.Pada pendapat Audit, pematuhan terhadap Akta Perancangan Bandar Dan Desa1976 (Akta 172) bagi projek ini adalah tidak memuaskan.20.2.3 Kajian Kemungkinana) Aspek PembinaanPerancangan untuk membangunkan sebuah marina di pesisir pantai KampungSungai Haji Dorani telah wujud sejak tahun 2001 lagi. Merujuk Minit MesyuaratPembangunan Kawasan DUN Sungai Panjang pada tahun 2001 dan 2002,Syarikat Infospace Sdn. Bhd. telah dilantik oleh UPEN sebagai perunding untukmenjalankan kajian pembangunan pesisir pantai yang mesra alam. Mesyuarattersebut juga memutuskan syarikat berkenaan menjalankan kajian EnvironmentalImpact Assessment (EIA) dan menyediakan interim report serta master plan bagiprojek pembangunan tersebut. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak dapatdikemukakan oleh pihak UPEN kepada pihak Audit.b) Aspek PengurusanSemakan Audit mendapati pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) atauMajlis tidak menjalankan kajian kemungkinan dari aspek pengurusan operasi ketikamerancang untuk membina projek ini. Bagaimanapun, perancangan terhadapkonsep operasi, kaedah operasi dan kaedah pemilihan operator ada dibuat setelah133

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!