12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jabatan merancang membina jalan raya dengan cara melantik perunding bagimenyediakan reka bentuk jalan dan spesifikasi projek. Selain itu, Jabatan akanmelantik perunding untuk menyelia projek semasa dilaksanakan. Pemilihan kontraktorbagi projek pembinaan jalan akan dilaksanakan mengikut peraturan kewangan secaratender.10.1.6 Pemilihan PerundingArahan Perbendaharaan 186 menyatakan bahawa pihak Jabatan di negeri yanghendak menggunakan perkhidmatan perunding hendaklah mendapatkan kelulusan dariPegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu. Arahan Perbendaharaan 187 (a) pulamenyatakan jika Jabatan Teknikal tidak dapat menjalankan sesuatu projek pembinaanatau kejuruteraan bagi pihaknya hendaklah mencadangkan penggunaan perkhidmatanperunding kepada Jawatankuasa Pemilihan dan Pelantikan Perunding di KementerianKewangan.Arahan Perbendaharaan 188 pula menyatakan apabila pelantikan perunding telahdiluluskan, satu perjanjian hendaklah ditandatangani oleh Jabatan dengan perundingyang telah dilantik. Skop kerja perunding, kos perkhidmatan perunding, syaratpembayaran dan butiran-butiran yang berkaitan hendaklah dinyatakan dalam perjanjiantersebut. Bagi projek yang diuruskan oleh perunding, Jabatan hendaklah memastikanperaturan perolehan kerajaan yang sedang berkuat kuasa dipatuhi sepenuhnya.10.1.7 Pemilihan KontraktorArahan Perbendaharaan 181, menjelaskan bahawa bagi kerja yang dianggarkanbernilai melebihi RM200,000 hendaklah dipelawa secara tender dan ArahanPerbendaharaan 172 berkaitan publisiti tender hendaklah dipatuhi. Sebarangpengecualian dari peraturan tersebut hendaklah mendapat kelulusan Ketua SetiausahaPerbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu. Syarikat yang layakmenyertai tender hendaklah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan IndustriPembinaan Malaysia (LPIPM) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).10.1.8 Pengurusan KontrakProjek yang dilaksanakan hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan dan syaratsyaratkontrak yang akan dimeterai seperti mengemukakan bon pelaksanaan daninsurans pekerja, tempoh kontrak, spesifikasi, lanjutan masa, Liquidated andAscertained Damages (LAD) dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pengurusankontrak. Dokumen kontrak perlulah disediakan dengan lengkap dan ditandatanganibagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar dan menjaga kepentingankerajaan.10.1.9 Penyelenggaraan RekodSistem penyelenggaraan rekod yang sistematik akan dapat memudahkan pihakpengurusan memantau pelaksanaan projek dengan lebih berkesan. Semua rekod dandokumen yang berkaitan hendaklah disimpan dengan sempurna bagi memudahkan39

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!