12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI PULAU PINANGPENGURUSAN SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER20. LATAR BELAKANGSistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) adalah satu prosedur yangmelibatkan pendaftaran hak milik, dokumen yang perlu disediakan dan apa-apakemasukan di atas dokumen hak milik tanah melalui penggunaan komputer. PenggunaanSPTB adalah selaras dengan seksyen 5A Kanun Tanah <strong>Negara</strong> 1965 (KTN). Tujuanpelaksanaan SPTB adalah untuk memodenkan kaedah pendaftaran hak milik dan urusniaga tanah, menjadikan prosedur pendaftaran lebih kos efektif dengan tidak mengabaikankeselamatan dan memudahkan pengesanan maklumat tanah. Bagi mencapai tujuan ini,semua maklumat tanah bermilik akan disimpan dalam satu pangkalan data di pejabatpendaftaran tanah berkenaan. Dengan pelaksanaan SPTB, sistem pendaftaran hak milik diseluruh negeri dapat diseragamkan. SPTB telah diwartakan pada 1 April 1995 sebagaisuatu sistem pendaftaran tanah bagi menggantikan sistem manual. Pelaksanaan SPTBbermula di Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai projek perintis padabulan April 1995 dan diperluaskan penggunaannya ke Negeri Pulau Pinang melalui fasakedua pada tahun 2002.21. OBJEKTIF PENGAUDITANObjektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada pengurusan SistemPendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) di Pejabat Tanah Dan Galian Negeri PulauPinang serta Pejabat Daerah Dan Tanah yang berkenaan telah dilaksanakan dengancekap dan berkesan serta mencapai objektif yang ditetapkan.22. SKOP PENGAUDITANSkop pengauditan ini meliputi aspek pengurusan pendaftaran hak milik secaraberkomputer melalui Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) bagi tempoh tahun2005 hingga 2007 yang merangkumi aspek kawalan keselamatan SPTB, kawalanpersekitaran dan kawalan aplikasi. Kajian ini dijalankan di Pejabat Tanah Dan GalianPulau Pinang dan Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara serta Pejabat DaerahDan Tanah Barat Daya. Sehingga bulan Disember 2007 sebanyak 182,206 hak milik yangdidaftarkan di Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang (PTG) manakala sebanyak 33,578hak milik telah didaftarkan di Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Seberang Perai Utaradan sebanyak 13,454 hak milik di Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat Daya.23. KAEDAH PENGAUDITANKaedah pengauditan adalah dengan menyemak rekod dan dokumen berkaitanproses pendaftaran hak milik yang dibuat melalui peringkat modul awalan, modulkemasukan dan modul keputusan serta proses pengendalian dokumen dan pendaftaran107

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!