02.06.2018 Views

kerja tangan C

litzin kerja tangan isu C buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu C
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Suara Bangunan

Syahmi Fadzil

“Architecture has its own realm.” – Peter Zumthor

Setiap bangunan ada suara. Anda boleh dengar sekiranya

ada telinga seorang arkitek yang memeluk teori arsitektur,

atau seorang yang mahir menyukat emosi cuaca, atau

seorang yang tidak ramah dengan semasa (pemburu

lampau). Mana-mana satu, bangunan juga seperti kita,

mampu berkata.

Sekiranya anda bukan salah satu seperti yang di atas

maka jangan risau. Saya sendiri ambil masa yang lewat

untuk mendengar suara mereka. Dan ia berlaku bukan pada

bangunan agung dari arkitek besar – saya tidak mampu

keluar negara untuk mendengar kerja Gaudi secara depan –

tetapi pada tandas bilik saya sendiri.

Ia berlaku pada suatu pagi yang tenang. Saya ingin

selesaikan urusan di dalam tandas. Sedang duduk merokok,

merenung tiub ubat gigi yang sudah digulung penuh,

cahaya dari luar masuk ke tingkap tandas yang kecil dan

menghala tepat ke lantai. Satu titik oren menyala tajam.

Waktu itu saya gerakkan tapak tangan untuk ambil lihat

sinar tersebut dan saya ketawa. Jangan tanya kenapa, saya

hanya mahu ketawa pada waktu itu. Lalu tandas berbisik.

Berapa banyak masa yang you luangkan di

sini, you adalah cermin kepada I.

Saya garu kepala dan lihat sekeliling.

15

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!