02.06.2018 Views

kerja tangan C

litzin kerja tangan isu C buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu C
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

seorang pengarang boleh memparodikan dirinya sebelum

pembaca naik bosan? Ia sampai ke suatu tahap di mana kita

mahu Philip Roth berhenti bercakap tentang Philip Roth.

My Struggle bukan sebuah parodi, malah nak kata

pengakuan pun tidak tepat; ia lebih kepada pembakaran

atau pemusnahan diri. Di tangan Knausgaard, novel adalah

obor api yang menyala-nyala, dan setiap kali dia duduk

untuk menulis, dia membakar wajahnya. Dalam novel

kedua siri My Struggle, ada satu babak mengejutkan di

mana Knausgaard memecahkan cermin dan kemudian

menoreh wajahnya akibat rasa malu ditolak oleh seorang

perempuan. Malu. Novelis memang mengenal erti malu

kerana mereka selalu melihat manusia lain memalukan diri

mereka. Tetapi bagaimana kalau novelis itu sendiri yang

berasa malu atau telah melakukan sesuatu yang

memalukan? Dia tahu dia tidak boleh menyembunyikan diri

di sebalik cerita atau topeng perwatakan kerana itu akan

hanya membuat kompas moralnya bertambah ribut. Dia

tidak ada pilihan lain. Dia harus jujur kepada kita; dia harus

membuka topeng dan menunjukkan wajahnya yang

terbakar kepada seluruh dunia.

27

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!