02.06.2018 Views

kerja tangan C

litzin kerja tangan isu C buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu C
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

mahu menelefon nombor itu. Ais yang aku beli tadi pun

sudah hampir cair di dalam gelas.

“Oh, awak yang kat 7 Eleven tadi,” kata perempuan itu.

Jadi, ya, aku dail nombor itu dan dia menjawab

panggilan. Kami berbual sebentar di telefon dan aku tanya

tentang perkhidmatan apa yang dia tawarkan sebenarnya.

Dia kata, datang sajalah, dia akan berikan alamat.

Perempuan itu tak bersungguh pun untuk meyakinkan aku.

Mungkin dia tahu, perkara sebegini tak memerlukan

kepercayaan yang banyak. Kena datang dan lihat sendiri

untuk mempercayainya.

Cuma aku tak sangka dia masih ingat aku sebagai

lelaki yang dia jumpa di 7 Eleven tadi. Sedikit sebanyak ia

membuatkan aku rasa canggung kerana rasa seperti dia

mengenali aku sebelum ini.

“Cepat juga awak telefon. Selalunya saya akan terima

panggilan hanya selepas beberapa hari,” kata perempuan

itu.

“Jadi, aku bukan yang pertama telefon?”

“Ini bukan kali pertama saya naikkan iklan itu,”

katanya, “Cuma mungkin ia kali pertama di kawasan itu.”

“Oh, okey. Jadi, apa yang lelaki-lelaki itu buat bila

berjumpa dengan kau?”

“Bukan lelaki saja, perempuan pun ada.”

“Ah, okey, jadi, apa yang mereka buat?”

Perempuan itu kata, macam-macam. Bergantung

bagaimana mereka mendefinisikan kasih sayang. Ada yang

mahu dakapan, ada yang mahu keluar seperti temujanji,

menonton wayang, keluar makan malam, menonton

persembahan langsung, etsetera. Tapi pada kebanyakan

masa, mereka mahu habiskan di atas katil saja.

“Oh, okey…”

“Jadi, apa kita nak buat?” tanya dia.

“Entah. Bolehkah kalau kita cuma duduk berbual?”

30

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!