02.06.2018 Views

kerja tangan C

litzin kerja tangan isu C buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu C
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

“Boleh. Sebelum ni pun ada juga yang ajak berborak.

Kami berbual tentang isu pendidikan di negara ini. Jadi, kita

borak pasal apa?

Aku tak ada subjek untuk dibualkan. Jadi, pada

kebanyakan masa, kami cuba menjadikan perbualan kecil

itu menarik. Cuma aku hanya mengemukakan topik dan

kemudian balas kata-katanya dengan “Oh,” “Ah,” sementara

dia pula, pada kebanyakan masa cuba untuk kelihatan

berminat dengan topik perbualan kami. Tapi aku tahu dia

sekadar berpura-pura.

Seperti aku juga. Sebab tu aku tak suka perbualan

kecil. Aku selalu akan cuba mengelak situasi yang

memerlukan perbualan mesra/kecil seperti majlis

perjumpaan semula atau terserempak dengan kawan atau

kenalan lama sebab aku tak pandai berborak sangat.

Ta p i d e n g a n p e r b u a l a n k e c i l k a m i y a n g

membosankan itu, entah macam mana, berjaya membuat

masa bergerak lebih pantas. Sudah hampir lewat malam.

Mungkin aku patut beredar sekarang.

Tapi dia menahan. “Awak boleh tidur sini,” katanya.

Aku rasa tak selesa untuk bermalam di rumah orang

asing tanpa persediaan, jadi aku menolak dengan baik.

Sebaliknya dia pula menolak aku ke sofa dan mula

memanjat tubuh aku. Dia tak kata apa-apa. Dia hanya

senyum. Dan kemudian mula berusaha menurunkan zip

seluar aku. Dalam waktu yang canggung itu, aku hanya

berbaring mengeraskan badan di atas sofa dan berserah

saja dengan apa dia mahu lakukan.

Tapi mungkin aku terlalu gementar pada waktu itu

hingga aku tak berjaya membangkitkan keinginan.

Sementara dia pula macam, “Ini kali pertama ke?”

Aku menggeleng dan dia mula menggosok untuk

menyedarkan keinginan itu. Tapi selepas beberapa minit,

dia mula mengeluh kerana tiada respon. Mungkin separa

saja responnya. Kemudian dari mengeluh dia mula jadi

marah. Dia menggosok dengan kasar sambil bertanya jika

aku mempunyai masalah ereksi. Aku kata ia berfungsi

dengan baik, setakat aku periksa semalam.

31

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!