02.06.2018 Views

kerja tangan C

litzin kerja tangan isu C buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu C
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Cuma pada waktu aku mahu membuka penutup peti

beku itu, seseorang menghampiri peti beku itu dengan

pantas dan menampal sesuatu di papan iklan yang berada

di atas peti beku itu. Tak pasti bila dia masuk ke dalam kedai

tapi sekarang dia sedang menampal sehelai kertas pada

papan itu dengan kakinya sedikit menjengket. Tapi

kemudian dia mula menoleh dan memandang aku dengan

dingin. Dia punya mata yang boleh menembusi tubuh aku

tapi aku tak bercadang pun untuk mengalihkan pandangan

dari matanya dan kami hanya diam di situ untuk beberapa

ketika. Selalunya aku akan mengelak bila bertembung mata

dengan perempuan tapi entah kenapa kali ini terdapat

pengecualian.

Tapi tiada apa yang berlaku sangat pun selepas itu.

Dia terus tampal iklan dan kemudian beredar keluar. Aku

pula hanya berdiri di situ sambil menunggu dia selesai

menampal iklan. Kemudian buka penutup peti beku dan

ambil ais. Hanya pada waktu aku mahu menutup kembali

peti beku itu, mata aku terhenti pada perkataan-perkataan

yang tertera pada iklan yang baru ditampal di situ.

“PERLUKAN KASIH SAYANG?”

Ada nama dan nombor telefon di bawahnya, tapi aku

pasti itu bukan nama sebenarnya. Cuma aku tak pasti jika 7

Eleven membenarkan iklan begitu. Aku cuba bertanya pada

kedua-dua juruwang yang berada di kaunter tapi mereka

masih sibuk berbual sesama sendiri dengan suara yang

kuat. Mereka juga melayan aku lebih kurang saja. Jadi, aku

langsung malas untuk bertanya. Biarlah mereka

menyedarinya sendiri.

Aku cuba untuk tidak memikirkan sangat tentang

perempuan itu dan iklannya, tapi kenyataan yang aku

memang ada salin nama dan nombor telefon yang tertera

pada iklan; selain daripada aku masih memikirkan tentang

perempuan itu selepas menghabiskan setengah daripada

isipadu 1.5 liter botol rutbir, menunjukkan mungkin aku

29

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!