21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

perlu diterapkan di dalam setiap warga BSPP dan KRD iaitu:

* Kesetiaan yang tinggi tanpa berbelah bagi terhadap

organisasi dan negara.

* Dedikasi yang jitu perlu ada pada diri warga BSPP bagi

menjamin jiwa tidak gentar menghadapi sebarang cabaran

serta kesanggupan dan keazaman untuk mengorbankan

apa sahaja bagi mencapai visi BSPP.

* Melaksanakan tugas dan tanggungjawab bersungguhsungguh

serta siap tepat pada masanya. Dengan penuh

keihklasan.

* Berusaha melaksanakan tugas dan amanah yang diberi

dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya setiap kesabaran

itu akan membawa kepada kemenangan.

BTDM: Di dalam Buku Perutusan Wawasan yang dikeluarkan

oleh YBhg Dato’, ada menyatakan “ ATM perlu maklumat risik

hadapi perang siber” boleh YBhg Dato’ jelaskan agar semua

anggota di dalam ATM memahami kaedah peperangan di dalam

era Teknologi Maklumat kini?

YBhg Dato: Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini,

kita sedang menghadapi satu lagi kaedah peperangan iaitu

perang siber. Peperangan ini boleh wujud kerana penggunaan

ICT secara meluas yang boleh membuka ruang penguasaan

dan eksploitasi ke atas sebarang sistem maklumat yang

seterusnya berpotensi menimbulkan suasana kacau bilau yang

mampu menggugat keamanan Negara.

Dalam ertikata lain, peperangan siber ialah tindakan ofensif

dan defensif yang diambil terhadap maklumat, sistem dan

rangkaian komputer musuh di ruang siber, di samping menyekat

dan menghalang kebolehan pihak musuh untuk melakukan

perkara yang sama terhadap maklumat, sistem dan rangkaian

komputer kita sendiri. Kita sedia maklum implikasi perang siber

ke atas ATM.

Untuk tujuan itu kita mempunyai struktur organisasi yang

bertanggungjawab dalam perancangan, pengawalan dan

pemantauan pelaksanaan dasar, latihan serta

pembangunannya.

Apa yang saya maksudkan dengan ATM perlu maklumat

risik dalam menghadapi perang siber ialah keupayaan

meningkatkan pengumpulan maklumat melalui usaha berterusan

bagi menghadapi sebarang serangan, ancaman dan kelemahan

ruang siber. Peningkatan ini boleh dilakukan melalui perkongsian

maklumat dengan setiap perkhidmatan dalam ATM.

PENDORONG KEJAYAAN...bersama isteri

tercinta Datin Maimunah Juman

Wawancara Eksklusif

...Dengan maklumat

risikan yang banyak

melalui

perkongsian dan

penyaluran

maklumat ini, akan

membolehkan ATM

bertindak lebih

pantas untuk

menangani

sebarang

ancaman...

Selain itu ia juga menuntut agar ATM perlu menjalinkan

kerjasama dengan agensi kerajaan, pihak swasta dan

badan-badan bukan kerajaan untuk berkongsi maklumat

berkaitan keselamatan ruang siber.

Bagi menambahkan lagi keupayaan ini, kita berharap

agar bekas anggota tentera boleh terus menjadi mata dan

telinga ATM dengan memainkan peranan menyalurkan

maklumat menerusi saluran sedia ada. Dengan maklumat

risikan yang banyak melalui perkongsian dan penyaluran

maklumat ini, akan membolehkan ATM bertindak lebih pantas

untuk menangani sebarang ancaman.

BTDM: BSPP merupakan organisasi perisikan dan perlu

komited menyediakan perisikan untuk ATM dan juga

organisasi kerajaan serta keperluan nasional. Sejauh

manakah YBhg Dato’ mengimplementasikan perkara

tersebut dalam konteks keselamatan negara?

YBhg Dato: BSPP adalah merupakan badan perisikan

tentera yang bertanggungjawab ke atas segala keperluan

perisikan pertahanan yang berkepentingan kepada

Angkatan Tentera Malaysia. Sejajar dengan kedudukan

ini, BSPP telah dibentuk untuk berkemampuan bagi

melaksanakan peranan-peranan berikut:

* Melaksanakan tindakan-tindakan dari segi

perancangan, pengumpulan, pemprosesan dan

penyebaran perisikan operasi, strategik dan geraksaraf.

* Tindakan-tindakan bagi mengesan, mencegah dan

memusnahkan segala bentuk ancaman penyuluhan

terhadap maklumat, subversif terhadap anggota dan

sabotaj terhadap harta benda ATM.

* Pelaksanaan latihan bagi mempertingkatkan

profesionalisme pegawai dan anggota dalam bidang

perisikan.

* Sebagai pembekal utama perisikan pertahanan, BSPP

bertanggungjawab merancang dan mengkoordinasikan

semua sumber-sumber perisikan yang sedia ada untuk

memenuhi kepentingan perisikan ATM, sesuai dengan

arahan Panglima Angkatan Tentera di dalam penggubalan

rancangan pertahanan semasa.

Dalam konteks ini, selain memanfaatkan bantuan

penugasan dari Cawangan-Cawangan yang tersedia

wujud di bawah naungan BSPP, bahagian ini juga turut

menjalin hubungan dan kerjasama dengan sumber

JUN 2007

13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!