21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Namun, si tempayan retak yang malang itu

malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan

sedih sebab ia hanya dapat memberi

setengah dari bahagian yang seharusnya

istilah sistem kepercayaan. Quran

menggunakan istilah iman. Iman menentukan

amal. Iman membentuk sikap. Sikap

menentukan tabiat atau tingkah laku.

Segala nilai-nilai baik bersandar kepada

potensi asas dalam diri manusia, iaitu takwa.

Manakala segala nilai-nilai buruk juga bersandar

kepada potensi asas dalam diri, iaitu jahat.

Kedua-dua potensi ini disediakan Tuhan apabila

menyempurnakan penciptaan manusia.

Menyucikan jiwa bermakna menggilap

potensi takwa. Tuhan mengutuskan rasulnya

bagi mengajar manusia cara melakukan proses

menggilap pontensi takwa, iaitu dengan

melakukan pembersihan jiwa. Asas takwa dan

proses utama pembersihan jiwa adalah

mengesakan Tuhan. Manakala, inti pati utama

menggilap potensi takwa adalah proses

menggilap iman dalam jiwa. Tidak ada takwa

tanpa iman.

Takwa adalah hasil daripada proses

pembersihan jiwa. Soal pasti ataupun tidak

bergantung sejauh mana kita faham dan sedar

apa yang kita lakukan. Menggilap takwa, adalah

proses yang berterusan, memerlukan

keikhlasan, kefahaman, kesedaran dan cara

yang betul. Sembahyang salah satu proses

pembersihan jiwa yang membentuk potensi

takwa dan mencegah individu melakukan

maksiat. Tuhan menyatakan dalam surah al-

Ankabut ayat 45 yang bermaksud,

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari

perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan

sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah

lebih besar (keutamaannya dari ibadat yang

lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu

kerjakan.”

Namun begitu, kita dapati ada individu yang

mengerjakan sembahyang tetapi masih

melakukan maksiat. Puasa juga salah satu

proses pembersihan jiwa yang mempunyai

objektif bagi membentuk jiwa bertakwa. Orang

yang bertakwa adalah mereka yang akan

mendapat petunjuk Tuhan. Mereka yang

mendapat petunjuk Tuhan walaupun mungkin

matanya buta tetapi hati tidak buta. Pada

keluaran yang lalu penulis ada menyatakan

adalah lebih merbahaya buta hati daripada buta

mata kerana orang yang buta hati bukan sahaja

tidak dapat petunjuk Tuhan malahan akan

menjadi parasit kepada yang lain. Hidup jangan

jadi seperti melukut di tepi gantang;

menambah tidak, mengurang pun tidak!

Paling tidak jadilah seperti kisah si tempayan

retak.

Kita Semua Tempayan Retak

Kisah ini dipetik dari sebuah akhbar.

Kisahnya tentang seorang tukang air yang

memiliki dua tempayan besar, masing-masing

bergantung pada kedua hujung suatu pikulan,

yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu

daripada tempayan itu retak sedangkan

tempayan yang satunya lagi tidak. Jika

tempayan yang utuh itu selalu dapat membawa

air penuh, setelah perjalanan panjang dari mata

air ke rumah majikannya, tempayan retak itu

hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun hal itu terjadi setiap hari.

Si tukang air hanya dapat membawa satu

setengah tempayan air ke rumah majikannya.

Tentu saja si tempayan yang utuh berasa

bangga akan prestasinya kerana dapat

menunaikan tugasnya dengan sempurna.

Namun, si tempayan retak yang malang itu malu

sekali akan ketidaksempurnaannya dan sedih

sebab ia hanya dapat memberi setengah dari

bahagian yang seharusnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan

pahit ini, tempayan retak itu berkata pada si

tukang air, “Saya sungguh malu pada diri saya

sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.”

“Kenapa kamu berasa malu?” tanya si tukang

air. “Saya hanya mampu, selama dua tahun ini,

membawa setengah bahagian air daripada

yang sepatutnya. Saya yang membuat air yang

saya bawa bocor sepanjang jalan menuju

rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya

telah membuatmu rugi,” kata tempayan itu.

Pengurusan Emosi

Si tukang air berasa kasihan pada si

tempayan retak, dan dalam belas kasihannya,

ia berkata, “Jika kita kembali ke rumah majikan

esok, aku ingin kamu memperhatikan bungabunga

indah di sepanjang jalan. “Benar, ketika

mereka naik ke bukit, si tempayan retak

memperhatikan dan baru menyedari bahawa

ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan,

dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun

pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana

separuh air yang dibawanya telah bocor, dan

kembali dia minta maaf pada si tukang air atas

kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu,

“Apakah kamu memperhatikan adanya bungabunga

di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak

ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan

yang utuh? Itu kerana aku selalu menyedari

akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku

telah menanam benih-benih bunga di sepanjang

jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan

pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih

itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik

bunga-bunga indah itu untuk menghias meja

majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu

ada, majikan kita tak akan dapat menghias

rumahnya seindah sekarang.”

Setiap daripada kita memiliki cacat dan

kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah

tempayan retak. Namun, usah takut akan

kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan

kamu pun dapat memanfaatkan orang lain. Tidak

ada yang terbuang percuma di mata-Nya.

Ketahuilah, di dalam kelemahan, pasti akan

menemukan kekuatan kita. Seseorang disebut

sebagai orang yang sukses jika ia mampu terus

hidup dan menikmatinya dengan penuh rasa

kesyukuran di dada.

Ketahuilah di saat kita berseronok mandimanda

dengan air yang melimpah-ruah, nun di

sebalik sana ada insan yang hidup di tanah

gersang yang ketandusan. Setiap titik air yang

kita bazirkan mungkin mampu memberi hidup

kepada seribu nyawa yang tidak berdosa. Ingat

sebelum kena; jimat sebelum habis kerana sesal

dahulu pendapatan; sesal kemudian tidak

berguna. Jangan biarkan paip air terbuka.

Tutup air jika tidak digunakan contohnya ketika

memberus gigi, menyabun kereta ataupun

bersyampu dan hanya gunakan sewaktu

membilas saja waimma siapa yang

membayarnya. Kalau hendak seribu daya; apa

jua tindakan yang kita buat dapat mengurangkan

kos bil air, malah yang penting memelihara

sumber alam semulajadi yang mampu bertahan

hingga akhir nanti; agar kita tidak lagi menerima

warkah dari tahun 2070.

JUN

JUN

2007

2007

37 37

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!