21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kedaulatan Panjipanji

Diraja

TIDAK keterlaluan jika dikatakan di sini

sesungguhnya kita memijak di bumi yang bertuah,

atau lebih tepat lagi, di dalam sebuah negara

yang tidak pernah ketandusan dengan peristiwaperistiwa

besar yang berlaku di sana sini. Bulan ini,

sempena dengan Hari Keputeraan SPB Yang Di-pertuan

Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin,

ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia

(ATM) telah diperkenan untuk mengadakan

Perarakan Panji-Panji SPB Yang Di-pertuan Agong. Acara

yang gemilang ini telah disaksikan oleh ribuan penontonpenonton

dari luar dan juga dalam negeri. Apakah

kesignifikannya Panji-panji Diraja ini?

Bagi anggota tentera, mungkin soalan ini boleh

dijawab dengan mudah. Pun demikian, secara

ringkasnya, Panji-panji tentera bererti lambang yang

dibawa oleh unit-unit tentera. Perkataan Panji-panji atau

‘colours’ mula digunakan sebagai panggilan kepada

warna-warna cerah yang terdapat pada lambang

Infantri. Ianya digunakan sebagai suatu cara pengenalan

dan sebagai tanda sebuah markas pasukan semasa

peperangan. Dengan perubahan-perubahan yang telah

berlaku dalam peperangan, Panji-panji telah dianggap

sebagai simbol semangat dan tradisi pasukan yang

membawanya. Mengikut sejarah di zaman silam, Panjipanji

adalah lambang kepada agama dan peribadi di mana

Lambang Agama dikatakan sebagai pelindung manakala

Lambang Peribadi pula merupakan keagungan pemimpin

sesebuah kumpulan. Dengan timbulnya semangat

kebangsaan dan musnahnya feudalisme,lambang-

Iambang peribadi dan agama semakin berkurangan

digunakan.

Panji-panji merupakan penganugerahan oleh SPB

Yang Di-pertuan Agong kepada Perkhidmatan, Rejimen/

Kor/Pusat Latihan dan pasukan dalam Angkatan Tentera

Malaysia (ATM) sebagai penghargaan kepada

perkhidmatan dan kesetiaannya kepada Raja dan

Negara. Panji-panji juga melambangkan kesediaan

anggota tentera mempertahankan kedaulatan negara

yang tercinta. Sebagai teras utama pertahanan negara,

kita perlu bersedia dan sanggup berkorban bagi

mengatasi segala cabaran yang muncul untuk

membolehkan negara terus maju dan membangun.

Ungkapan learn from history or we will relive it tidak

boleh dipandang remeh. Pengorbanan para pahlawan

memperjuangkan kemerdekaan dan mempertahankan

kedaulatan negara perlu kita contohi dan hayati. Malah

semangat sanggup berkorban yang menjadi pegangan

para pahlawan yang terdahulu jangan sekali luput dari

ingatan kita. Hasil daripada kemerdekaan yang kita

kecapilah negara kita dapat dibangunkan, apatah lagi

negara kita kaya dengan sumber alam, bahan mentah,

kaya dengan seni budaya bangsa dan rakyatnya hidup

mesra. Inilah hasil kemerdekaan yang perlu kita

pertahankan.

Mengisi kemerdekaan adalah satu tugas berat bagi

setiap anak bumi yang merdeka lagi berdaulat, kerana

kemerdekaan yang dinikmati tidak akan mendatangkan

apa-apa makna jika ia gagal dipertahankan dan anak

bangsa itu sendiri berupaya membina identiti yang

berteraskan kepada prinsip-prinsip kebenaran dan

keadilan. Malah bukan itu sahaja yang perlu diusahakan.

Salah satu belenggu yang dihadapi oleh negara-negara

yang telah terlepas daripada genggaman penjajahan ialah

pemikiran yang masih dibelenggu penjajahan. Walaupun

negara telah mencapai kemerdekaan sepenuhnya dalam

kebanyakan bidang, tetapi masih terdapat rakyat yang

tidak sama sekali dapat melepaskan dirinya dari penjajahan

pemikiran dan mental yang masih diwarisinya daripada

penjajahan. Jangan sesekali kita lupa juga bahawa jatuh

atau bangun sesebuah bangsa atau negara itu

bergantung kepada rakyatnya sendiri. Orang lain tidak

akan membantu sekiranya kita jatuh, hanya kita yang

akan menanggungnya dan membina semula negara kita.

Kita sedar bahawa globalisasi membawa banyak

perubahan kepada kita semua. Ini bererti sebagai anggota

tentera, kita perlu membuat persediaan yang terbaik; kita

perlu lebih berupaya menukar minda atau merubah

paradigma kita dan mempertingkatkan ilmu ketenteraan

serta kemahiran yang sedia ada. Di zaman teknologi yang

sentiasa berubah, kita perlu memperlengkapkan diri

masing-masing dengan ilmu pengetahuan dan kemahirankemahiran

tertentu bagi mempertingkatkan tahap

profesionalisme sebagai anggota tentera. Jangan ambil

jalan mudah dan beranggapan bahawa kita ini tahu

semua. Bukalah minda untuk mempelajari perkara-perkara

baru, dan menerima setiap perubahan itu sebagai sesuatu

yang baik.

Sebagai teras utama pertahanan negara, kita perlu

bersedia dan sanggup berkorban bagi mengatasi segala

cabaran yang muncul untuk membolehkan negara terus

maju dan membangun. Pengorbanan para pahlawan

sebelum kita yang telah mempertahankan kedaulatan

negara dengan darah, keringat dan air mata perlu kita

contohi dan hayati. Keikhlasan dalam melaksanakan

tugas, rajin serta gigih berusaha untuk mempertingkatkan

mutu perkhidmatan serta diri sendiri, mengekalkan tahap

disiplin profesion ketenteraan yang tinggi, bermoral tinggi

dan peka di dalam perkembangan di dalam bidang teknologi

maklumat adalah antara nilai-nilai yang perlu dikekalkan

dan dipertingkatkan lagi. Semua ini perlu untuk kita

memperkukuhkan lagi budaya serta nilai-nilai

ketenteraan itu sendiri. Selain daripada melayakkan kita

untuk bersaing dengan lain-lain angkatan pertahanan di

rantau ini, nilai-nilai ini akan menjadi landasan kepada

kekuatan kita menjadi sebuah angkatan yang mampu

mempertahankan kedaulatan negara dari apa jua bentuk

ancaman, selain dari memberi keyakinan akan kebolehan

kita untuk menentukan apa yang terbaik bagi kita sendiri.

Sebagai pembela bangsa dan negara, mengekalkan

keamanan dan kedaulatan yang kita nikmati sekarang,

adalah sumpah keramat dan amanah rakyat yang kita

pikul. Kita harus sedar akan tanggungjawab ini dan ianya

bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau

mudah. Amanah rakyat yang dipikul amatlah berat kerana

kita dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan

dan juga memastikan agar kestabilan yang dinikmati hari

ini akan terus dikekalkan hingga ke generasi akan datang.

Masih banyak lagi yang boleh dilakukan oleh kita sebagai

anggota tentera, dan sama-samalah kita berusaha

melaksanakannya. Bak kata pepatah a thousand miles

journey begins with a single step!.

Ketua Pengarang

JUN 2007

3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!