21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SEBUAH negara yang merdeka dan

berdaulat harus mempunyai beberapa

kekuatan yang tidak boleh dipertikaikan

oleh mana-mana pihak, dari negara luar

mahupun orang perseorangan. Malaysia yang

bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan

yang ke-50 tahun ini sememangnya sudah

terkenal sebagai antara negara membangun

yang paling berjaya. Sistem politik yang kukuh

dengan sebuah kerajaan yang mengamalkan

Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah

pentadbiran Raja Berperlembagaan, yang

sentiasa bersedia bersuara untuk

memperjuangkan hal-hal semasa di seluruh

dunia, menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara yang dihormati serta dianggap sebagai

pemimpin oleh negara-negara dunia ketiga.

Kekuatan ekonomi negara yang kian

berkembang hasil daripada langkah -langkah

kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak

serta berhemat menjadikan kita bebas daripada

hutang yang membebankan. Selain daripada

menerima pelaburan dari luar negara, kita juga

sudah berjaya melabur di luar negara, di Asia,

Afrika dan Eropah. Kini, pembangunan pesat

yang mewarnai kotaraya Kuala Lumpur, Pulau

Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan

Kuching menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara moden yang setanding dengan kotaraya

di negara maju. Di samping itu, projek-projek

besar yang dikendalikan oleh kontraktor Malaysia

di Saudi Arabia, Abu Dabhi, Afrika

Selatan, Sudan dan Bosnia turut menjadi

sebutan.

Pembangun kawasan luar bandar khasnya

penempatan-penempatan Rancangan FELDA,

pekan kecil, kampung-kampung serta daerah

pendalaman yang turut merasai pembangunan

infrastruktur yang mendatangkan segala

kemudahan untuk pembelajaran dan latihan,

kesihatan, kebajikan, peluang pekerjaan serta

untuk segala kemudahan asas kehidupan

...perolehan

persenjataan, peralatan,

infrastruktur dan

pembangunan tenaga

manusia, dapat

menjadikan TD kini

bergerak pantas ke arah

status sebagai sebuah

ketumbukan perang

yang kredibel, versatil,

lethal,deployable dan

sustainable...

seharian, membuatkan kita menjadi negara

contoh kepada negara-negara membangun

yang lain. Program Rancangan Tanah FELDA,

penanaman kelapa sawit dan getah, kini

menjadi ikutan di Indonesia serta beberapa

negara di Afrika.

Kekuatan Pertahanan sebuah negara juga

menjadi ciri-ciri utama bagi mengenal pasti status

sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Keupayaan kita menjaga kepentingan negara

serta sentiasa berjaga-jaga supaya suasana

aman damai, sentosa dan tenteram dalam

negara tidak dapat diganggu gugat oleh sesiapa

saja, menjadi agenda utama. Kita perlu

mempunyai sebuah angkatan tentera

konvensional yang seimbang, versatil dan

kredibel yang mampu bertindak dengan

berkesan apabila diperlukan.

Peningkatan Keupayaan Tentera Darat

Sejajar dengan peranan Tentera Darat (TD)

sebagai tunjang pertahanan negara dengan

komponen tenaga manusia yang terbesar di

Hal Ehwal Semasa

antara ketiga-tiga perkhidmatan, Kementerian

Pertahanan (KEMENTAH) telah memperuntukkan

belanjawan yang seimbang.

Pengagihan belanjawan yang pragmatic untuk

perolehan persenjataan, peralatan,

infrastruktur dan pembangunan tenaga

manusia, dapat menjadikan TD kini bergerak

pantas ke arah status sebagai sebuah

ketumbukan perang yang kredibel, versatil,

lethal,deployable dan sustainable yang akan

dicapai dalam masa yang terdekat.

Perolehan pakej persenjataan ASTROS 2

Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) yang

berkeupayaan menembak roket pelbagai jenis

dari jarak terdekat hingga mencecah jarak

maksimum 89 km menjadikan TD satu-satunya

ketumbukan di Asia Tenggara yang mempunyai

kemampuan tersebut. ASTROS dilihat sebagai

salah satu perolehan yang dikatakan

mempunyai kuasa daya deterrence. Meriam

155 mm G5 kaliber 45 yang berupaya

menembak sehingga jarak maksimum 39 km

telah meningkatkan lagi keupayaan tempur TD.

Meriam FH70 yang sedia ada dalam pegangan

Rejimen Artileri Diraja (RAD), yang berupaya

mencecah jarak maksimum 30km, turut

menambah kekuatan tempur TD, yang sangatsangat

diperlukan dalam mengukuhkan lagi

pertahanan negara. Selain sistem bumi ke bumi,

JUN 2007

21

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!