21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Peserta Kursus

INTAN ikut latihan

di PULADA

MODUL KETENTERAAN...melatih para peserta dalam aspek disiplin,

ketahan mental dan fizikal

Oleh: Mej Sani Teh

PULADA: 31 peserta lelaki dan 29 peserta perempuan penuntut kursus

Diploma Perkhidmatan Awam Siri 6/07 (DPA) menjalani latihan ketenteraan

di PULADA selama seminggu bermula dari 20 Mei hingga 26 Mei 2007.

Semua peserta telah berjaya menjalani latihan ini dengan penuh semangat

dan komitmen serta tamat latihan dengan jayanya.

Modul ketenteraan adalah merupakan salah satu modul bagi kursus

DPA untuk Pegawai-pegawai Tadbir dan Diplomatik(PTD) yang sedang

dianjurkan oleh pihak Institut Tadbiran Awam (INTAN). Modul ini merupakan

satu modul wajib untuk peserta-peserta kursus untuk menghadirinya

dan PULADA telah menganjurkan kursus ini bagi pihak Tentera Darat

sejak tahun 1999.

Pada tahun ini sebanyak 12 siri modul telah dirancangkan. Para peserta

didedahkan kepada latihan jasmani,kawad kaki,menembak Rifel M16,

Ilmu Medan Perang, latihan Abseiling, Inokulasi Tempur,membaca peta

serta latihan amali panduarah di Gunung Panti.

Modul ini juga bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada aspekaspek

fungsi dan peranan tentera darat, ancaman keselamatan serta

budaya kerja tentera dan cara hidupnya. Dalam masa yang sama para

peserta juga diperkenalkan dalam aspek peradaban dan etika di Wisma

Perwira.

MENGERATKAN HUBUNGAN...Pusat Latihan Darat (PULADA)

melaksanakan Latihan Menembak Pistol bersama JPJ Negeri Johor di

Lapangsasar 25 m pada 23 Mei 2007. Latihan ini melibatkan Jurulatih

PULADA dan Pegawai JPJ Negeri yang disertai seramai 40 anggota

termasuk Pengarah JPJ Negeri Johor, Rosli Ramli dan Komandan

PULADA, Kol Redzuan Hj Baharuddin. JPJ menggunakan Pistol jenis

BARETTA 9mm buatan Itali dan ini merupakan juga pendedahan kepada

Jurulatih PULADA mengunakan pistol tersebut. .–– PW 2 Amran

Hamid, foto; Pbt Noor’asyar Ishak

Semasa Markas Latihan

TIMBA ILMU...38 PTT Kanan Kor Risik Diraja berjaya menamatkan

Kursus Kemahiran Korris Kelas 1 di Pusat Latihan Perisikan yang

bermula dari 9 Apr hingga 29 Jun 2007. Kursus ini adalah untuk melatih

anggota Kor Risik sebagai operator keselamatan tentera dan mengenai

segala aspek keselamatan tentera serta berpengetahuan di dalam

pelbagai bidang seperti melaksanakan tugas operator risik balas di

medan, boleh mengedalikan dan membuat perancangan, pengawasan,

penyiasatan risik balas dan perjejakan. Kursus ini juga mampu

mendapatkan data-data dan mengalisa ancaman perisikan dan mampu

memberi nasihat kepada pemerintah dan mahir di dalam segala bentuk

arahan serta dapat mengadakan perhubungan dengan agensi

keselamatan luar.–– Sjn Mohd Zuki Jusoh

Pameran Ikhtiar Hidup

Pekan Fest 2007

MENARIK MINAT...orang awam untuk mengunjungi tapak kompleks ikhtiar

hidup untuk mengetahui lebih dekat lagi dengan segala aktiviti dan

peralatan survival

PEKAN: Sempena Pameran Kerjaya ATM, Cawangan Peperangan Hutan,

PULADA telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan pameran

ikhtiar hidup bagi memeriahkan lagi Acara Pekan Fest 07 pada 30 Mei

sehingga 3 Jun 2007.

Seramai lima jurulatih dari PULADA telah berjaya menarik perhatian

pengunjung tempatan dan juga pelancong luar negara dengan kemahiran

serta kepakaran berkaitan dengan kaedah serta teknik untuk hidup di

kawasan hutan.

Antara aktiviti-aktiviti yang menjadi tarikan utama pameran tersebut

termasuklah menyalakan api daripada bahan hutan, kaedah serta teknik

yang betul menangkap haiwan liar, cara-cara memasak serta improvasi

peralatan dan keperluan harian daripada sumber alam semula jadi.––

PW 2I Amran Hamid, foto;Kpl Ariffin Sulaiman

JUN 2007

41

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!