21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Penyerahan cek

pampasan Insuran

Berkumpul

Oleh: SSjn Mohd Shafie Salleh

KUCHING: Pegawai Memerintah pasukan 71 Bn KPD, Lt Kol Hj Mohd

Amin Mohamad Zin menyempurnakan penyampaian cek pampasan

Insuran Berkumpul kepada Daud Salleh, bapa kepada allahyarham Pbt

Mohd Rezuan (KPA - BK) di Sebarang Perai Utara, Pulau Pinang dan

Johari Kassim, bapa kepada allahyarham Pmd Azman (KPD - Pmd) di

Kuala Ketil, Kedah pada 28 Jun 2007 dalam dua majlis yang berasingan.

Cek tersebut disumbangkan oleh Koperasi Tentera yang berjumlah

RM58 ribu setiap seorang. Kedua-dua allahyarham berkhidmat di pasukan

Komp Angkut 7180 KPD yang berpangkalan di Kem Lok Kawi, Kota

Kinabalu, Sabah. Allahyarham terlibat dalam satu kemalangan jalanraya

pada 09 Feb 2007 semasa dalam perjalanan pulang dari Kota Kinabalu

ke pasukan.

Motosikal yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang eletrik.

SUMBANGAN...Timbalan Komander Rejimen 509 Askar Wataniah

(AW), Lt Kol Toh Choon Siang menyerahkan Cek Tabung Pusat Tentera

Darat kepada Mohd Rosli Hamid bapa kepada Kapt Mohd Zahidi di

Hospital Kuala Lumpur. Kapt Mohd Zahidi Mohd Rosli dimasukkan ke

hospital berkenaan pada 28 Feb 2007 setelah terlibat dalam satu

kejadian kemalangan jalan raya pada 25 Feb 2007. –– Kpl Asri

Yusof, foto; Kpl Roslan Johan

58 JUN 2007

Balu SSjn Benson terima cek RM18 ribu

Prihatin

PENYAMPAIAN CEK...Lt Kol Hj Mohd Amin menyaksikan bapa

allahyarhan Pbt Mohd Rezuan menandatangani borang penerimaan

Kedua-dua anggota disahkan meninggal dunia di Hospital Queen

Elizaberth, Kota Kinabalu pada 10 Feb 2007.

Semoga dengan sumbangan yang diterima dapat meringankan beban

yang ditanggung oleh kedua-dua keluarga allahyarham. Bagi pihak

pasukan dan juga keluarga allahyarham mengucapkan ribuan terima

kasih kepada pihak Koperasi Tentera di atas sumbangan tersebut.

TERIMA...Kem Komandan 5 Briged, Mej A Sham Jambari

menyerahkan cek Insuran Kelompok sebanyak tiga unit berjumlah

RM 3,110.00 kepada Rjr Biskalani Sahaba dan di saksikan Penyelia

Koperasi Tentera kawasan Kota Kinabalu, Dayang Nooramas Ismail

di pejabat Kem Komandan 5 Bgd pada 24 Apr 2007.

Rjr Biskalani mengalami kecederaan di lutut akibat terjatuh dari

trak 3 ton semasa menjalani Ops di Pos Tanah Merah Negeri Sembilan

pada tahun 2005 semasa bertugas di 1 Rejimen Renjer Diraja, Kem

Majidi, Johor. –– Pbt Safran Isnin

KUCHING: Meskipun mendiang SSjn Benson Landong telah tiada di dunia ini

akibat serangan jantung pada Sep 2006, pihak pengurusan tertinggi TD tidak

pernah melupakan segala jasa dan khidmat bakti yang pernah dicurahkan. Balu

beliau, Agnes Samui tetap mendapat keprihatinan TD apabila beliau menerima

cek insuran kelompok dari Koperasi Tentera berjumlah RM18 ribu baru-baru ini.

Menurut Agnes, wang yang diterima ini akan digunakan dengan sebaikbaiknya

demi jaminan anak-anak agar berjaya dalam akademik suatu hari nanti.

“Anak sulung saya Julian, 19 tahun juga bakal mewarisi darah ketenteraan

bapanya apabila beliau kini dalam proses pemilihan terakhir Pegawai Kadet

ATM,” katanya.

Penyampaian cek disempurnakan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Jeyabalan

dan turut disaksikan oleh Pengarah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT), Kol

Basrun Husain serta pegawai-pegawai kanan di Markas 3 Briged, Kem Penrissen.

–– LKpl Romainor Md Din

TAKZIAH...Brig Jen Jeyabalan menyampaikan cek LTAT Faedah dan Gantian

Cuti Rehat kepada Agnes balu kepada mendiang SSjn Benson

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!