21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pengurusan Emosi

sebagai saluran komunikasi? Siapa di antara

kita yang rajin menutup semua suis lampu dan

alatan elektrik yang tidak digunakan? Kalau ada

kebocoran segerakah kita melaporkan? Berapa

banyak air yang kita gunakan untuk memberus

gigi, membasuh kereta ataupun bersyampu?

Kita tidak mengambil endah kerana kita tahu

kalau di rumah kita punya sukalah sebab sendiri

yang bayar. Kalau di pejabat pun kita punya

sukalah sebab bukan kita yang

membayarnya....kerajaan yang bayar. Begitu

juga dengan penggunaan kertas; berapa ramai

di antara kita yang menggunakan kertas dan

sampul surat terpakai ataupun fotostat di atas

kedua-dua belah muka surat. Kerja di MINDEF

ni memang mewah dengan alat tulis dan

kertas.... tidak seperti di unit; kertas fotostat

kadang-kala kena beli sendiri.

Air adalah satu komoditi yang amat penting.

Menurut majalah National Geographic (Jul

2007) orang Eropah mendahului orang lain di

dunia yang paling banyak meminum air botol

dari minuman yang lain. Ini secara tidak langsung

melonjakkan permintaan air global daripada 28

kepada 47 bilion gelen di antara tahun 2000

dan 2006. Orang Itali yang paling banyak

meminum air; sekitar 203 liter sehari. Kalau kita

tidak menghargai air dari sekarang; mungkin

seperti mana yang dinyatakan di dalam surat di

atas akan menjadi kenyataan. Hendak minum

setengah gelas air sehari pun sukar!

Fenomena pembaziran air menjadi sesuatu

yang lumrah kalau kita pergi di mana-mana sama

ada di kawasan awam ataupun di mana-mana

kem tentera. Kalau kita tinjau di kem tentera

terutama di berek bujang dan wisma, lampu

menyala sampai ke tengah hari, air paip bocor

dan melimpah bagaikan anak sungai yang

mengalir tanpa henti....namun tiada yang peduli;

kerana apa? Sebab perangai (traits), sifat

(character) dan tabiat (behaviour) sebahagian

di antara kita yang tidak mapan. Pengurusan

emosi kita lemah. Kita tidak mempunyai

kesedaran diri (self awareness); lantas tidak

mampu mengurus diri (self management)

dengan sempurna. Rentetan dari itu kita juga

tidak pandai dan tidak mempunyai kesedaran

sosial (social awareness) dan seterusnya

tidak faham aspek pengurusan sosial (social

management). Kita tidak pandai menghargai

nikmat kurniaan Tuhan. Seperti kata orang: we

never know the worth of water till the well is

dry. Sikap sebahagian daripada kita memang

begitu; suka tunggu dan lihat….. selalunya kita

apabila nampak bintang di langit terus lupa

rumput di bumi. Mengapa agaknya sukar

untuk kita mengamalkan nilai-nilai murni yang

tulus dalam menjaga harta awam serta

menguruskan kemudahan-kemudahan yang

36 JUN 2007

ada secara berhemah? Jangan sampai orang

kata pembangunan infrastruktur yang kita ada

bertaraf kelas pertama tetapi mentaliti kita masih

di tahap mentaliti kelas ketiga.

Kenapa agaknya kita sukar sangat hendak

berubah? Menurut ahli psikologi, perubahan

bukan mudah. Kadang-kala perubahan ataupun

peningkatan diri dan kerjaya amat menakutkan

dari memuaskan. Ada dua penghalang utama

kepada perubahan iaitu sama ada kerana

selesa apa yang ada (complacent) ataupun

takut pada perubahan itu sendiri. Ramai yang

memperkatakan tentang anjakan paradigma

(paradigm shift). Paradigm berasal dari

perkataan Greek yang bermaksud: model, teori,

persepsi, andaian ataupun rangka rujukan.

Ianya diperlukan jika sekiranya kita ingin

membuat quantum change pada diri dan

keadaan kita. Untuk membolehkan anjakan ini

terjadi kita perlu ‘menanggalkan pakaian’ sifat

bangga diri serta kejahilan dan berfikiran

terbuka (open minded), menjadi pendengar

yang baik dan mempunyai tahap emotional

and mental maturity yang tinggi. Bagaimana

kita hendak mengukur tahap kematangan emosi

dan mental seseorang? Sebagai contoh anak

kecil kita ingin sangat hendak mendapat patung

ultraman; disebabkan tahap kematangan emosi

dan mentalnya rendah maka kalau kita tidak beri

dia akan berguling-guling dan menangis di

depan kedai. Tetapi kalau isteri kita hendak

membeli TV Plasma 50 inci tetapi kita kata NO!

Takkan dia juga hendak berguling-guling depan

kedai tu! Disebabkan tahap pengurusan emosi

dan kesedaran diri yang lemah membuatkan

kita tidak mengetahui nilai dan potensi diri yang

sememangnya tersedia wujud di dalam setiap

diri insan.

Nilai Dan Potensi Diri

Menurut Jaafar Muhammad (7 Formula Hidup

Sukses), batu, kayu, pokok ataupun binatang

tidak mempunyai nilai baik ataupun nilai jahat.

Mungkin ia berharga tetapi tidak mempunyai nilai

baik ataupun jahat. Batu permata, walaupun ia

mahal, tetapi ia juga tidak mempunyai nilai baik

ataupun jahat. Apabila individu itu dipatuk ular,

ular berkenaan tidak dikatakan jahat atau

berdosa. Baik, jahat, dosa dan pahala diletak

pada manusia, tidak ke atas batu, kayu, pokok

atau binatang. Setiap manusia yang berakal

dan baligh mempunyai nilai. Nilai yang didokong

adalah nilai baik ataupun nilai jahat.

Manusia dinilai bukan berdasarkan rupa

paras ataupun kedudukan. Manusia dinilai

berasaskan tingkah laku atau perbuatan.

Namun begitu, tingkah laku dan perbuatan

ditentukan oleh sikap. Manakala, sikap

ditentukan oleh pandangan atau pegangan

hidup.

Menurutnya lagi, pandangan atau pegangan

hidup ini disebut sebagai tasawwur. Pandangan

hidup menentukan cara berfikir, niat dan cara

individu bertindak. Albert Smith menggunakan

...permintaan air global daripada 28 kepada 47

bilion gelen di antara tahun 2000 dan 2006.

Orang Italy yang paling banyak meminum air;

sekitar 203 liter sehari...

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!