21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

HAKIKAT bahawa amanah yang telah dipertanggungjawabkan

kepada warga Tentera Darat (TD) sebagai benteng kedaulatan

agama, bangsa dan negara tidak dapat dipertikaikan oleh sesiapa.

Sejarah telah membuktikan keakuran TD terhadap amanah ini sejak 1933

lagi. Kerelaan dan pengabdian TD menjujung tanggungjawab itu lahir

kerana pada diri setiap warganya telah tersemai dengan satu nilai dan

budaya ketenteraan yang amat kukuh.

Namun dengan peredaran masa, norma hidup pun berubah. Nilai dan

budaya ketenteraan semakin pudar dan kehilangannya semakin ketara

hinggakan memaksa TD untuk menghidupkan kembali nilai dan budaya

ketenteraan dalam organisasinya dengan melaksanakan Sistem

Pemerintahan Rejimental (SPR). Melalui SPR, beberapa nilai telah

dikenalpasti untuk diterapkan kepada setiap warga TD.

Salah satunya ialah kesetiaan. Kesetiaan lahir daripada kerelaan hati

untuk melakukan sesuatu tugas atau perintah dan kerelaan ini hanya

dapat diwujudkan dengan adanya pula kepercayaan, keyakinan serta

rasa penghormatan pada diri sendiri dengan tugas yang diperintahkan

itu.

Rencana

Secara umumnya, kesetiaan bolehlah didefinisikan sebagai sikap dan

perasaan yang tidak berbelah bagi terhadap sesuatu atau seseorang.

Dalam Islam telah terbukti bahawa kesetiaan itu merupakan punca

kekuatan. Seperti maksud fiman Allah: ‘Taatlah kepadaAllah dan Rasul-

Nya danjanganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu

hUang kekuatan; dan bersabarlah, sesungguhnya Allah berserta orang

yang sabar’ (al-Anfaal : 46).

Kesetiaan yang ditagih daripada setiap warga TD sebenamya telah

kita ikrarkan sendiri sejak mula menjadi anggota TD lagi. Melalui Ikrar

Kesatria, kita telah melafazkan: ‘Setia kepada negara dan sedia

berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kaii kenai

menyerah’. Ini merupakan satu janji yang wajib dikota. Andainya janji

tidak dikota, bagi orang Islam ia merupakan satu dosa besar kerana

memungkari janji tidak digemari Allah, sebagaimana maksud firman-Nya:

‘Wahai sekalian yang beriman, penuhilah aqad (janji) itu’ (al-Maidah:

1).

Meskipun dalam ikrar itu kita menyatakan ‘setia kepada negara’,

kesetiaan tersebut perlu wujud melalui beberapa tahap sebelum

menghasilkan bukti kesetiaaan kita kepada negara. Pertama perlu ada

kesetiaan terhadap tugas. Untuk mencapai kejayaan dalam tugas utama

sebagai warga TD, kita memerlukan kemahiran serta kekuatan mental

dan fizikal. Kemahiran serta kekuatan mental dan fizikal tidak lahir dengan

sendirinya. Ia perlu disemai dan sentiasa dibajai tanpa henti, tanpa rasa

jemu dan perlukan kesetiaan. Dalam konteks ini, latihan dan tugas rutin

yang kita laksanakan bagi mewujudkan kemahiran serta kekuatan mental

dan fizikal memerlukan kesetiaan.

Andainya tiada kesetiaan terhadap latihan at au tugas seharian, sudah

pasti kita tidak akan menjadi seorang warga TD yang mahir serta kukuh

kekuatan mental dan fizikalnya.

TD adalah sinonim kepada kerja berpasukan serta semangat

setiakawan dan espirit de corps. lni amat penting kerana dalam sebarang

tugas, terutama dalam pertempuran, rakanlah yang dapat menolong atau

menyelamatkan nyawa kita. Maka kesetiaan juga mesti diberikan kepada

rakan seperjuangan.

Dengan tersemainya rasa kesetiaan kepada rakan seperjuangan,

seluruh warga TD akan dijalin dalam satu lingkungan sebuah ‘keluarga’

JUN 2007

59 59

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!