21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KARYA Sun Tzu bertajuk ‘Ping Fa’ atau

Seni Peperangan atau The Art of War

yang ditulis lebih kurang 2,500 tahun

dahulu masih diterima pakai sebagai buku teks

atau bahan rujukan di beberapa institusi tentera

di seluruh dunia. Sejak terbitnya buku ini, ramai

pemimpin dan pemerintah tentera terutama

sekali di zaman peperangan di tanah besar

China menggunakan buku tersebut untuk

mengatur strategi peperangan mereka. Doktrin

Sun Tzu ini juga diguna oleh Mao Tze Tung di

abad ke-20.

Di antara ungkapan yang sering dipetik ialah

“kenali musuh kamu dan kenali diri kamu, kamu

tidak akan tewas walaupun berperang 100 kali.”

‘Ping Fa’ (nama asal buku ini) yang membawa

makna Seni Perang/Peperangan telah diberi

pengiktirafan dan penghargaan yang tinggi di

peringkat antarabangsa dan selanjutnya telah

diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Jepun,

Perancis dan Russia.

Matlamat asal buku ini ditulis adalah untuk

menewaskan musuh semasa negeri China

dilanda peperangan dalaman. Walaupun

dihasilkan untuk kegunaan ketenteraan dari segi

strategi dan taktik peperangan

keberkesanannya telah diperluaskan

kebeberapa bidang seperti politik, ekonomi,

diplomasi, falsafah dan geografi. Oleh kerana

prinsip dan objektif yang terkandung di

dalamnya mempunyai persamaan dengan dunia

hari ini maka badan-badan korporat

melandaskan kepada beberapa prinsip dan

strategi buku ini untuk mengeksploitasi segala

peluang yang ada.

Asas buku The Art of War adalah untuk

menewaskan musuh dengan kepintaran, dan

bukan hanya kekuatan tentera. Perang itu

adalah sesuatu yang serius dan Sun Tzu

percaya perjuangan ketenteraan juga

merupakan satu konflik yang komprehansif

merangkumi soal politik, ekonomi dan diplomasi.

Sebaliknya pula peperangan tamadun ini yang

digarap di bawah Revolutionary Military Affairs

merangkumi aspek sains dan teknologi

yang tidak dapat diduga oleh Sun Tzu. Namun

demikian, Sun Tzu berkata “perang adalah

penting kepada negara, perang adalah hidup

atau mati, jalan untuk selamat atau musnah.

Oleh itu pelajarilah perang itu dengan serius.”

Salah satu aspek penting yang sering

digunakan dalam peperangan ialah perisikan.

Tujuannya ialah untuk mengetahui keadaan

pihak musuh. Sun Tzu berkata “seorang

panglima atau jeneral akan menang didalam

perang kerana maklumat awalnya. Maklumat

seperti ini hanya datang daripada mereka yang

tahu keadaan musuh Perisik mesti diarah untuk

memastikan perkara tersebut.”

Dengan itu, maklumat yang sahih atau

perisikan menjadi penentu bagi sesuatu

keputusan atau decision making dan juga

sebagai combat multipliersemasa perang.

Sepertimana kata Sun Tzu, “jika kamu kenal diri

kamu dan kenal musuh kamu, dalam seratus

pertempuran sekali pun kamu tidak akan takut

kepada keputusannya. Apabila kamu kenal diri

kamu tetapi tidak kenal musuh kamu, peluang

untuk kemenangan dan kekalahan adalah sama.

Jika kamu tidak kenal diri kamu dan juga musuh

kamu pasti di dalam setiap pertempuran kamu

di dalam bahaya.”

Rencana

Sun Tzu juga memberi penekanan tentang

tanggungjawab seorang pemimpin. Menurut

Sun Tzu, “seorang pemimpin atau ketua

diibaratkan seperti jejari roda. Jika jejari itu diikat,

roda itu akan menjadi kuat, begitu jugalah

sesebuah negara atau angkatan. Jika jejari itu

rosak, negara atau angkatan juga akan menjadi

lemah.” Dalam konteks ini, sebagai seorang

ketua dalam tentera, prinsip yang diurit oleh

Sun Tzu lebih tertumpu kepada peranan dan

tanggungjawab, sempena memimpin tentera

dalam peperangan.

Pemimpin tentera juga adalah seorang

pengurus yang mentadbir dan mengurus

organisasinya. Sememangnya tujuan utama

seorang pengurus adalah ingin mengurus

dengan cara yang terbaik, tetapi persoalannya

apakah cara terbaik itu?

Sun Tzu berpendapat pengurusan itu akan

berjaya jika elemen-elemen asas seperti moral,

pimpinan dan doktrin ditahami dan dipraktik

dengan betul. Pengertian moral ialah melihat

kepada peranan dan bagaimana pengurus

menguruskan kakitangannya.

Menurut Sun Tzu, “moral boleh

menyebabkan rakyat patuh kepada pemimpin,

dan mereka akan mengikut pemimpin itu semasa

hayatnya dan matinya tanpa berasa takut akan

sebarang ancaman malah kehilangan nyawa

mereka sekalipun”. Sikap menghormati dan adil

dalam melayani kehendak kakitangan akan

mendatangkan hasil yang terbaik kepada

mereka. Dorongan harus diberikan kepada

kakitangan untuk mencapai produktiviti yang

diinginkan.

Taraf seorang ketua itu dihormati dan

JUN JUN 2007 2007

25 25

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!