Ruangan Tahukah Anda keluaran bulan ini, ingin menyingkap kembali Pasukan Sukarela Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1902. Oleh: Lt Kol (B) Hj Ab Aziz Ahmad RAMAI yang mengetahui betapa susahnya pemerintah Inggeris untuk menerima cadangan oleh Tuanku Muhammad ibni Almarhum Yamtuan Antah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, pada 30 April 1919, supaya di negeri-negeri Melayu ditubuhkan pasukan tentera yang terdiri daripada kalangan anak-anak Bumiputera. Bahkan lima tahun sebelum itu pun Baginda juga pernah menyuarakan kepada pemerintah Inggeris supaya ditubuhkan pasukan tentera Melayu bagi menjaga keselamatan negeri-negeri Melayu. Pada peringkat awal penubuhannya, semua pegawai terdiri daripada pegawai-pegawai Inggeris yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Malaya (MCS) sementara anggota prebet terdiri daripada orang Melayu yang berkerja dengan kerajaan Inggeris serta orang kampung yang berminat untuk menyertai pasukan tentera walaupun hanya separa-tentera yang tidak dilengkapkan dengan senjata. Orang Melayu diberi semangat untuk menyertai Pasukan Sukarela Melayu dengan ingatan bahawa mereka kelak akan bertanggungjawab untuk mempertahankan tanah air. Pasukan Sukarela Melayu telah bertukar nama kepada Pasukan Infantri Melayu Sukarela (MVI) pada tahun 1916. Pasukan Sukarela kemudian juga dikenali sebagai Malay States Volunteer Regiment (MSVR) di mana Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah serta Ketua Polis Daerah (OCPD) digalakkan supaya menubuhkan MSVR di daerah masing-masing. Pegawai Daerah atau Penolong Pegawai Daerah sendiri yang kerap menjadi Pegawai Memerintah MSVR. Antara daerah yang telah menubuhkan MSVR ialah Kemaman di Terengganu dan Alor Gajah di Melaka. Sebenarnya di Negeri-negeri Selat, Melaka dan Pulau Pinang, pasukan sukarela Melayu dikenali sebagai Straits Settlement Volunteer Forces (SSVF). Selepas tahun 1934, ramai di kalangan Pembesar Istana, Anak Raja dan Pemimpin Melayu, turut berminat untuk menyertai MSVR. Di kalangan pemimpin Melayu dan anak raja yang menyertai MSVR ialah Dato Naning Usman bin Kering, Melaka yang memakai pangkat Leftenan, YM Raja Aman Shah bin Raja Harun ar- Rashid, kerabat di Raja Perak yang menyertai MSVR pada tahun1930, memakai pangkat Leftenan Muda. Di Melaka , turut menjadi pegawai dalam dalam SSVF ialah Kapten Muhd Ali Maidin dan Leftenan Abbas bin Said ( kemudian telah menyertai pasukan Askar Melayu). Di Negeri Sembilan, pada 19 Mei 1934, semasa Batalion Negeri Sembilan MSVR menerima panji-panji dalam satu perbarisan di Padang Stesen Seremban, kerabat di raja Negeri Sembilan, Leftenan Muda Tengku Nasir sebagai Pemerintah Kompeni ke-2, Leftenan Muda Tengku Zacharia dan Leftenan Muda Tengku Hussain, keduanya sebagai Pegawai Kompeni Ke-2. telah mengambil bahagian dalam perbarisan tersebut. Di Negeri Selangor, Kompeni Delta dalam Federation Malay States Volunteer Force (FMSVF), yang mempunyai dua platun di Klang dan satu platun di Kuala Lumpur, disertai kesemuanya oleh orang Melayu. Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Leftenan Raja Nong bin Hussain dan Leftenan Tengku Hussain, yang bekerja di Pejabat Bandaran Kelang menjadi Ketua platun. Pemerintah Kompeni ialah Kapten M. C. Sheppard, pegawai MCS yang berasal dari Ireland (kemudian Tan Sri Hj Mubin Sheppard). Bagaimanapun selepas tahun 1934, ...Setelah Singapura jatuh ke tangan tentera Jepun, pada 28 Februari 1942, beberapa pegawai sukarela yang berkhidmat dalam Pasukan Askar Melayu telah dibunuh oleh tentera Jepun kerana tidak mahu menanggalkan pakaian seragam mereka... Tahukah Anda ramai anggota prebet dalam MSVR Negeri Sembilan dan negeri lain, kemudiannya telah menyertai pasukan Askar Melayu ataupun pasukan Polis yang mula membuat pengambilan untuk menambah kekuatan. Setelah perang meletus antara China dengan Jepun di Asia dan di Eropah pula, Jerman dan Itali telah membuat Perjanjian Peperangan Bersama, pasukan MSVR telah diarahkan supaya membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Mereka juga diingatkan bahawa mereka akan menjadi tentera barisan hadapan sekiranya peperangan meletus di Asia Tenggara. Sememangnya semasa Perang Jepun ramai anggota MSVR, FMSVF telah turut terlibat menentang tentera Jepun. Ramai daripada mereka turut bergerak dalam hutan menyampaikan maklumat pergerakan Tentera Jepun kepada Pasukan Tentera British yang sedang berundur ke selatan. Pada 1 Dis 1941, apabila perang dijangka meletus, ramai pegawai Melayu dalam FMSVF, MSVR dan SSVF, telah menyertai pasukan Askar Melayu. Antara mereka ialah Kapten Raja Aman Shah bin Raja Harun Rashid, Kapten Yazid bin Ahmad (menjadi Leftenan dalam Askar Melayu) kedua-dua dari Perak. Dari Melaka pula antaranya ialah, Leftenan Abbas bin Said, Leftenan Abu Bakar bin Umar dan Leftenan Usman bin Kering, Datuk Naning. Mereka banyak terlibat dalam pertempuran dengan tentera Jepun di Sungai Bakap, Nibong Tebal, Parit Buntar, Port Dickson, Senggarang, Batu Pahat dan Pontian. Daripada Pontian pasukan Askar Melayu telah berundur dengan kapal laut ke Singapura. Setelah Singapura jatuh ke tangan tentera Jepun, pada 28 Februari 1942, beberapa pegawai sukarela yang berkhidmat dalam Pasukan Askar Melayu telah dibunuh oleh tentera Jepun kerana tidak mahu menanggalkan pakaian seragam mereka. Mereka ialah Kapten Raja Aman Shah bin Raja Harun ar- Rashid, Leftenan Abbas bin Said, Leftenan Abu Bakar bin Umar dan Leftenan Usman bin Kering, Datuk Naning. JUN 2007 JUN 2007 77 77
78 JUN 2007