21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PERCAYA atau tidak, satu fenomena

baru telah wujud di kalangan anggota

tentera! Penggunaan mesin kira-kira

atau calculator kian meningkat. Penggunaan

alat tersebut bukannya bersangkut paut

dengan tugas, sama ada mengira statistik

kekuatan anggota ataupun data teknikal,

tetapi mengira jumlah kenaikan gaji yang bakal

diperolehi berlanjutan dengan pengumuman

kerajaan mengenai kenaikan kadar gaji

kakitangan kerajaan. Alhamdulillah! Syabas

dan tahniah kepada kerajaan yang

memerintah.

Sesungguhnya mereka amat prihatin

dengan kebajikan serta taraf kehidupan

mereka yang bertungkus lumus berkhidmat

berkhidmat dengan kerajaan. Jika

dibandingkan dengan kakitangan swasta

yang lain, Tok Wan rasa upah dan penggajian

golongan kakitangan kerajaan jauh lebih

rendah daripada golongan swasta. Lihat

sahajalah bonus yang diterima dahulu, satu

bulan gaji bagi kakitangan kerajaan

berbanding dengan bonus berbulan-bulan di

sektor awam.

Kesanggupan kerajaan untuk berbelanja

lebih sedikit demi kepentingan para pekerjanya

perlu disanjung. Pun demikian, Tok Wan ingin

menasihatkan, janganlah terlalu rabun mata

dengan kenaikan gaji yang bakal kita nikmati.

Berbelanja secara berhemah, itu lebih penting.

Lebih mustahak lagi, dengan kadar kenaikan

yang berbeza antara 10 hingga 40 peratus,

Saudara Pengarang,

Kenaikan gaji kakitangan kerajaan

sewajarnya bolehlah kita menabung atau

menyimpan serba sedikit gaji yang diperolehi

untuk masa hadapan. Tok Wan pasti, tidak akan

habisnya wang dari gaji yang diperolehi,

melainkan kita boros berbelanja. Bagi mereka

yang bujang trang tang tang belajarlah

menyimpan duit kita itu. Jangan asyik ingin glamour

sahaja, beli handphone baru atau tukar

kereta pula. Bagi yang berkeluarga, masa

hadapan anak-anak perlu diutamakan. Yang

paling penting, wujudkan dana untuk

menampung pembelajaran anak-anak kita. Tidak

semua daripada anak-anak kita berpeluang

untuk menikmati pinjaman dari tabung pelajaran

kelak kerana terlalu ramai yang memohon dan

syarat-syarat kelayakan juga adalah ketat.

Kejayaan anak-anak adalah tanggungjawab

kita.

Satu lagi cerita yang ingin Tok Wan kongsi

bersama pembaca adalah isu CTOS. Minta maaf

banyak-banyak, Tok Wan kurang fasih untuk

memberi apa makna singkatan CTOS itu. Hanya

yang Tok Wan tahu, ianya merupakan pembekal

maklumat kewangan individu. Ada di antara

kawan-kawan Tok Wan yang diCTOSkan.

Masalahnya, apabila ini berlaku, individu

kemungkinan tidak dapat membuat apa bentuk

pinjaman dari mana-mana institusi kewangan

yang ada. Bukankah itu satu masalah besar?

Kebanyakan yang disenaraikan adalah mereka

yang berhutang kad kredit dan ada juga yang

tidak menjelaskan bil telefon bimbit mereka.

Tidakkah pelik begitu? Sebenarnya, kalau kita

Forum Tok Wan

ingin berhutang, biarlah berpadanan. Maksud

Tok Wan berhutanglah mengikut kemampuan

kita, senang untuk kita jelaskan.

Dari sudut agama pula, dalam satu khutbah

jemaah pernah disampaikan, mereka yang

berhutang apabila menghadapi kematian,

rohnya tidak tenteram. Betul atau tidak, Tok

Wan tidak berani hendak confirmkan. Yang

jelas, kalau benar kenyataan ini, pada

pandangan Tok Wan, hantu-hantu yang

berkeliaran (maksud Tok Wan roh-roh orang

mati dan bukannya Mat Rempit atau kutu-kutu

dadah) sebenarnya adalah hantu CTOS

sebab semasa hidupnya mereka ini malas

menjelaskan hutang piutang mereka, maka

jadilah hantu merayau-rayau antara dunia

yang nyata dan yang fana. Terpulanglah

kepada para pembaca sama ada percaya

atau tidak dengan cerita Tok Wan ini.

Waaima apa pun, gaji baru yang kita bakal

terima nanti, berhati-hatilah ketika berbelanja.

Jangan sampai kerak nasi melebihi saiz

periuk cukuplah. Yang mana berhutang,

jelaskan hutang yang ada dengan sebaik

mungkin, jangan sampai ada anggota tentera

yang disenarai hitamkan dalam CTOS.

Sebaik-baiknya jangan ada yang

berhutang sampai tidak mampu

membayarnya. Ini akan menimbulkan masalah

kepada mereka yang hidup. Hidup sebagai

manusia mati pun biarlah sempurna sebagai

roh solleh. Jangan pula hidup macam pelesit

mati jadi hantu CTOS!

Berdisiplinkah kita semasa kenaikan gaji

Lebih besar periuk, lebih besarlah

keraknya. Itu pepatah Melayu yang

sinonim dengan kita. Kehidupan ini perlu

seimbang dari semua sudut. Islam juga mengajar

kita tentang kesederhanaan dalam apa jua

keperluan. Manusia diberikan nafsu dan akal

fikiran.

Sebagai contoh, apabila kita lapar tetapi bila

melihat lauk yang banyak kita akan keliru untuk

membuat pilihan. Begitu juga dengan masalah

kewangan. Apabila berada dalam kancah

kewangan yang meruncing, sudah tentu kita

akan berhati-hati berbelanja. Tetapi apabila

jumlah pendapatan meningkat kita mula keliru

lalu berbelanja tanpa kawalan.

Kira-kira 1.2 juta kakitangan perkhidmatan

awam menikmati kenaikan gaji setelah

diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi pada 21 Mei 2007 di

Pusat Konvensyen Antarbangsa Putrajaya

(PICC).Tidak terkecuali bagi warga Tentera

Darat yang diberikan tambahan 20 peratus

daripada peratusan kenaikan gaji pokok sebagai

pengiktirafan beban tanggungjawab dan

cabaran. Berikutan itu, gaji anggota tentera

mung kin dinaikkan antara 9 hingga 42 peratus

mengikut kumpulan sokongan.

Persoalannya, adakah ini akan melangkaui

batas perbelanjaan kita? Jawapannya ada pada

akal fikiran masing-masing. Pendapatan

meningkat bukan bermakna perbelanjaan turut

bertambah. Setiap daripada kita mempunyai

keinginan, namun adakah keinginan ini menjadi

satu titik keperluan utama? Pengabaian

perancangan kewangan bakal mengusutkan

keadaan. Saya perhatikan, ramai di kalangan

anggota tentera sudah mula mencongak untuk

menukar kereta baru, membuat permohonan

kad kredit dan tidak kurang juga yang berlumba-

Iumba untuk mendapatkan telefon bimbit yang

mencecah ribuan ringgit. Inikah keperluan

sebenar kita? Jelas sekali kita akan berhadapan

dengan kehendak nafsu. Bukan maksud saya

untuk mengatakan keinginan tersebut tidak

wajar tetapi pastikan ianya betul-betul

diperlukan pada waktu yang bertepatan.

Pengurusan perbelanjaan teratur dengan

menepati keperluan semasa serta perancangan

di masa hadapan patut diterapkan. Kecekapan

berbelanja bakal menjadikan kita seorang yang

tahu mengawal nafsu. Perubahan drastik dalam

gaya berbelanja menjerumus kita ke arah

pembaziran. Jangan sesekali lupa bahawa

kesenangan hari ini bukan bermakna

kesenangan selamanya. Tidak siapa akan tahu

apa akan berlaku esoknya. Kebelakangan ini

kita dengar harga barang mungkin mula

mengimbangi kenaikan gaji kakitangan kerajaan.

Kalau ini berlaku apalah erti kenaikan? Apa

yang diperolehi tidak sepatut membuatkan kita

alpa. Biar kita lebih berhati-hati dan mempunyai

perancangan bijak. Jadikan insentif ini sebagai

satu penjana moral serta kesungguhan

berkhidmat. Jadikan juga ia sebagai batu

loncatan untuk menaikkan taraf ekonomi setiap

anggota. Bagi yang berkeluarga inilah masa bagi

memikirkan masa depan dan pelajaran anakanak.

Tanggungjawab terhadap keluarga

janganlah pula diabaikan kerana kesenangan

yang dikecapi.

Laksanakan tugas dengan penuh komitmen

sepertimana kepercayaan kerajaan terhadap

kita selama ini. Pertingkatkan mutu kerja seiring

dengan perbelanjaan yang berhemah.

Berbelanja tanpa berfikir seolah-olah berjalan

dengan mata dan telinga tertutup. Tiada haluan

dan tiada matlamat sebenar. Tumpuan kerja

merosot malah merugikan kita tanpa satu hasil

yang berfaedah. Kenaikan tidak seberapa takut

hutang pula yang lebih. Ukurlah baju di badan

supaya tahu kemampuan diri. Jadi fikirfikirkanlah

di mana patut kita letakkan diri ini?

Harapan saya agar semua warga Tentera

Darat mampu merealisasikan kenaikan dalam

erti kata sebenar. Biar kita segak merancang

dan cantik berbelanja, bukan hanya sekadar

memperlihatkan kesegakkan dan disiplin diri di

dalam kerjaya.

Sjn Nahar Azami

JUN 2007

69

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!