21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pengurusan Emosi

34 JUN 2007

BARU-BARU ini, negara dikejutkan dengan berita kehilangan sebuah helikopter Nuri dengan

enam krewnya. Kelu dan sebak di dada apabila mengetahui keenam-enam mereka gugur

sebagai pahlawan negara. Sebagai seorang warga tentera, nyawa jadi taruhan.

Kedaulatan, kemakmuran, kedamaian, nikmat kemerdekaan dan kelangsungan hidup rakyat di

bumi bertuah ini adalah di atas pengorbanaan pahlawan yang tidak takut mati. Untuk hidup mesti

berani mati kerana orang yang takut mati walaupun hidup hakikatnya mereka sudah lama mati.

Hidup ini mesti diteruskan. Walaupun berat hendak melepaskan mereka pergi......namun apakan

daya; Tuhan lebih menyayangi mereka. Marilah kita berdoa moga roh-roh mereka bertemu damai

dan mendapat keredhaan Tuhan.

Pada keluaran kali ini penulis ingin berkongsi kisah dari satu e-mail yang diterima dari seorang

kawan yang telah penulis terjemahkan; kisah satu warkah dari tahun 2070. Ianya berbunyi begini:

Salam nan sejahtera daripada kami yang berada di tahun 2070.

Walaupun saya baru berusia 50 tahun tetapi rupa saya seperti orang tua yang berusia 85

tahun. Dewasa ini saya menghadapi masalah buah pinggang yang serius sebab saya hanya

meminum air yang terlalu sedikit. Memandangkan saya tidak mempunyai masa yang banyak

untuk hidup justeru saya terpaksa mengutuskan warkah ini buat tatapan tuan-tuan yang budiman.

Saya adalah orang yang paling tua hidup di dalam masyarakat dewasa ini.

Saya masih teringat ketika saya berumur 5 tahun, segalanya berlainan. Terdapat banyak

pokok-pokok di dalam taman, rumah-rumah ada taman yang indah dan saya mampu menikmati

masa yang panjang ketika mandi dan duduk di dalam bilik mandi untuk tempoh yang lama. Namun,

sekarang kami terpaksa membersihkan diri dengan menggunakan bahan pakai buang yang

diperlembabkan dengan minyak mineral.

Sebelumnya, perempuan berasa bangga dengan rambut mereka yang panjang ikal mayang.

Namun sekarang, kami terpaksa membotakkan kepala untuk membersihkannya tanpa menggunakan

air.

Dulu, ayah saya selalu membasuh kereta dengan air yang keluar dari hos. Di hujung minggu

kami selalu berpesta di tepian pantai, kolam; ada tema air dan wet world. Tapi kini semuanya

direngut sepi. Hari ini kanak-kanak mendapati agak sukar untuk percaya yang seseorang tidak

lagi boleh melakukan yang sedemikian.

Dulu, saya masih ingat terdapat banyak tanda amaran ’Jangan Membazir Air’. Tetapi tiada

siapa yang peduli. Kebanyakan kita menyangka bahawa air tiada had. Hari ini, sungai, empangan,

lagun dan air bawah tanah semuanya sama ada tercemar ataupun telah kering sepenuhnya.

Lanskap yang mengelilingi kita telah bertukar kepada padang yang tandus saujana mata

memandang. Infeksi gastro-intestinal, penyakit kulit dan salur kencing kini telah menjadi penyebab

utama kematian. Industri kini lumpuh, pengangguran kini telah mencecah ke tahap yang kritikal.

Kilang penyahgaraman dan penyulingan air laut adalah majikan utama. Mereka memberikan

pekerja air minuman sebagai ganti gaji. Manusia saban hari menyamun air di jalanan yang sepi.

80 peratus makanan kini adalah ’sintetik’.

Sebelum ini, adalah disarankan bahawa orang dewasa perlu meminum delapan gelas air

sehari. Hari ini aku hanya dibenarkan untuk minum setengah gelas.

Memandangkan kami tidak boleh lagi membasuh, pakaian dibuang justeru bahan buangan dan

sampah-sarap semakin bertimbun. Kami terpaksa menggunakan semula tandas septik, sama

seperti dulu kerana sistem kumbahan terhenti kerana

ketiadaan air.

Tubuh manusia kelihatan menakutkan. Tubuhnya

lemah, dipanggang sinar mentari dan penghidratan yang

ekstrem; kesakitan disebabkan oleh pancaran sinar ultra

ungu yang kini tidak lagi mampu ditapis oleh atmosfera

bumi kerana lapisan ozon yang semakin nipis.

Pertambahan gas rumah hijau di persekitaran atmosfera

bumi menyebabkan suhu meningkat. Pemanasan global

kini sedang melanda bumi.

Disebabkan oleh kulit yang kering, seorang wanita

berusia 20 tahun kelihatan seperti lebih dari 40 tahun.

Sebelum ini, adalah disarankan bahawa orang

dewasa perlu meminum delapan gelas air sehari. Hari

ini aku hanya dibenarkan untuk minum banyak

setengah gelas.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!