21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Semasa 3 Div

Oleh: Kpl Suryazu Mohamad

KUANTAN: Panglima 3 Divisyen (Div), Mej Jen

Dato’ Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi

melakukan lawatan rasminya ke Markas (MK)

4 Briged (Bgd) Mekanise (Mek) selama dua hari

bermula 19 Mac hingga 20 Mac 2007.

Lawatan rasmi beliau disambut acara

perbarisan oleh warga 4 Bgd Mek yang

diadakan di Padang Kawad Rejimen Pertama

Kor Armor Diraja (1 KAD). Perbarisaan diketuai

oleh Penolong Pegawai Memerintah 1 KAD, Mej

Wong Eng Wah terdiri daripada 14 orang

Pegawai dan 180 orang Lain-lain Pangkat.

Selesai acara perbarisan Panglima dibawa

di Bilik Gerakan MK 4 Bgd Mek bagi mendengar

taklimat mengenai perkembangan terkini markas

ini. Seterusnya Panglima ke Dewan Makan untuk

beramah mesra serta makan tengah hari

bersama-sama warga 4 Bgd Mek.

Ketika berucap di majlis penutup pada hari

pertama, beliau mahu seluruh warga 4 Bgd

Mek agar sentiasa menjaga imej diri, pasukan

serta perkhidmatan, ini disebabkan sejak akhirakhir

ini sering kali didapati warga tentera

terlibat dalam kes-kes yang boleh menjatuhkan

imej perkhidmatan.

Oleh itu beliau mahu setiap warga 4 Bgd

Mek agar berilmu pengetahuan, serta berusaha

mempertingkatkan ilmu tanpa mengira bidang

diceburi agar menjadi warga yang sentiasa

kehadapan.

Kerana orang yang berilmu ini akan dihormati

dan ianya dapat menghindari daripada perkara-

50 JUN 2007

Lawatan Rasmi Ke MK 4 Bgd Mek

UJI...Mej Jen Dato’ Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi mencuba bagi

memastikan keberkesanan bantuan gas pernafasan KP Adnan yang telah

dibekalkan agar berfungsi dengan baik

perkara yang boleh menjatuhkan imej diri

ataupun perkhidmatan. Hidup tanpa ilmu

pengetahuan maka gagallah dalam mencapai

cita-citanya.

Di hari kedua lawatannya, beliau telah

melawat ke Garaj 63 Wksp. Dalam lawatan ini

Panglima menaiki kenderaan Toyota Hilux yang

dipandu sendiri oleh beliau.

Panglima seterusnya dibawa ke Kawasan

Kepelbagaian Kemahiran Mekanise (KKM) bagi

menyaksikan Pameran Statik Aset 4 Bgd Mek

51 RAD berjaya tawan 6 gunung

KETAHANAN

FIZIKAL...latihan ini

adalah mempertingkatkan

kecergasan mental dan

fizikal setiap anggota

serta mempertingkatkan

mutu pemerintahan dan

kawalan ketua dan

pemimpin

51 RAD Boleh, itulah kata-kata setiap kali anggota sampai ke puncak gunung

atau bukit yang ditawan. Rejimen Ke-51 Artileri Diraja, Kem Syed Sirajuddin,

Gemas baru-baru ini melaksanakan Latihan Ketahanan Fizikal dengan mendaki

enam buah gunung dan bukit yang terdapat berhampiran dengan Kem Syed

Sirajuddin sekitar Negeri Sembilan dan Melaka.

Antara gunung dan bukit yang telah dipilih dalam melaksanakan latihan ini

adalah Gunung Ledang, Gunung Tampin, Gunung Datuk, Gunung Angsi, Bukit

Batang Melaka dan Bukit Batu Tiga.

serta pertunjukan Demostrasi Kenderaan

Pengempur (KP) Adnan. Dalam lawatan ini,

Panglima 3 Div mengambil kesempatan untuk

mencuba ujipandu KP Adnan. Di akhir acara

Panglima dianugerahkan Lencana Mekanise

oleh Panglima 4 Bgd Mek, Brig Jen Dato’

Muhammad Azmi Abdul Walad kerana berjaya

memandu KP Adnan. Sepanjang lawatan

selama dua hari ini Panglima telah diiringi oleh

Panglima 4 Bgd Mek, Brig Jen Dato’ Muhammad

Azmi.

Ketua Kumpulan menentukan anggota cukup sebelum

memulakan pendakian.Latihan ini merupakan antara salah satu

aktiviti tahunan pasukan bagi tahun 2007 dan dilaksanakan

pada minggu pertama pada setiap bulan dari bulan Januari

yang lepas dan telah berakhir pada bulan Jun baru-baru ini.

Dalam melaksanakan latihan ini, pasukan telah dibahagikan

kepada enam kumpulan iaitu Kumpulan Pegawai Memerintah

seramai 50 orang, Kumpulan Bateri Markas, Kumpulan Bateri

Alpha, Kumpulan Bateri Bravo, Kumpulan Bateri Charlie dan

Kumpulan 51 Wksp masing-masing 20 orang. Latihan atau

pendakian ini dilaksanakan secara bergilir-gilir sehingga setiap

kumpulan ini berjaya menghabiskan latihan dengan mendaki

kesemua gunung dan bukit yang dipilih.

Latihan ini juga merupakan persiapan awal pasukan dalam

memilih dan menghantar anggota bagi melaksanakan latihan

mendaki Gunung Kinabalu di Sabah yang juga merupakan salah

satu aktiviti pasukan dan ia bakal dilaksanakan pada bulan Dis

2007 nanti.

Antara objektif yang ingin dicapai dalam latihan ini adalah

mempertingkatkan kecergasan mental dan fizikal setiap anggota

serta mempertingkatkan mutu pemerintahan dan kawalan ketua

dan pemimpin dalam situasi yang mencabar.

Selain itu latihan seperti ini juga mampu memupuk semangat

kerjasama di dalam satu kumpulan dan mempertingkatkan sikap

positif, semangat setiakawan, disiplin, semangat keperwiraan

dan mengukuhkan a common bond of comradeship di

kalangan anggota. — Kapt Norzamany Mohamed Noor,

foto; Sjn Yusairi Abdullah

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!