21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KANGAR: Setelah menjangkau hampir 27 tahun

penganugerahan Panji-Panji pertama yang

diadakan, tibalah masanya Istiadat Pertukaran Panjipanji

baru disempurnakan. Duli Yang Maha Mulia

Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku

Syed Putra Jamalullail selaku Kolonel Yang DiPertua

Rejimen Renjer Diraja berkenan berangkat

menyempurnakan Istiadat Pertukaran Panji-Panji

Rejimen Batalion Ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4

RRD) yang bertempat di Stadium Utama, Kangar,

Perlis sempena ulang tahun pasukan yang ke 41

pada 26 Mei 2007. Istiadat ini juga berlangsung

dalam suasana kemeriahan Sambutan Hari

Keputeraan yang ke-64 Raja Negeri Perlis.

Menyingkap kembali sejarah silam, batalion ini

telah ditubuhkan di Kem Batu Gajah, Perak pada

28 Mac 1966. Di awal penubuhannya Batalion ini

terdiri daripada anggota-anggata dari Singapore

Infantry Rejiment, Royal Reconnaissance Regiment

dan juga lain-lain Batlion Infantri yang wujud

pada masa tersebut.

Pengisytiharan batalion ini dilakukan oleh

Leftenan Jeneral Tan Sri Abd Hamid Bidin selaku

Ketua Turus Tentera Darat di Padang Kawad Kem

Suvla Lines ( Kem Syed Putra), Ipoh pada 6 Feb

1967. Batalion 4 RRD telah dikurniakan Panji-Panji

Rejimen yang pertama oleh Tuanku Syed Putra Ibni

Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail selaku Kolonel

Yang DiPertua RRD pada 25 Okt 1980 di Kem

Wardieburn, Kuala Lumpur.

Sejak ditubuhkan pasukan ini telah mencipta

pelbagai kejayaan yang gemilang dalam tugas

gerakan yang dijalankan. Walaupun begitu,

kejayaan yang dicapai bukanlah mudah, ianya

penuh dengan pengorbanan dari setiap warga

pasukan ini. Sesungguhnya pertukaran panji-panji

yang baru ini adalah satu bukti penghormatan dan

pengiktirafan yang amat besar bagi warga

pasukan ini di atas segala pengorbanan terhadap

negara ini. Pegawai Panji-Panji yang menerima

Panji-Panji baru ini ialah Leftenan Mohd Shamsul

Rizal Rozamin. Turut hadir dalam istiadat yang

bersejarah ini ialah DYTM Raja Muda Perlis, YAB

Menteri Besar Perlis, Panglima Tentera Darat,

Panglima Medan TD, Pegawai-Pegawai Kanan

Tentera dan lain-lain badan beruniform serta

masyarakat setempat.

...pertukaran panji-panji yang baru

ini adalah satu bukti penghormatan

dan pengiktirafan yang amat besar

bagi warga pasukan ini di atas

segala pengorbanan terhadap

negara ini...

Bersama Pemimpin

JUN 2007

9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!