21.09.2013 Views

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

Menarik Di Dalam... - berita tentera darat malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

di mana eselon atasan menyesuaikan gaya

kepimpinannya bersesuaian dengan

pengalaman, kemahiran dan keinginan anggotaanggota

untuk mencapai kejayaan serta

kesanggupan menerima tanggungjawab.

Ketiga, ianya memerlukan kepimpinan berbentuk

altruistik atau tidak mementingkan diri sendiri,

yang merangkumi sifat-sifat serta amalanamalan

menjaga (caring), berkongsi (sharing),

mengasuh (nurturing) dan mesra (bonding)

dengan anggota lain. Ia berorientasikan kepada

kebajikan anggota, prihatin dengan perasaan

orang di sekelilingnya, dan sentiasa berusaha

untuk memperolehi keadaan menang-menang

(win-win situation ). Penggabungan gaya

kepimpinan yang berbeza-beza ini akan

melahirkan seorang Marksman yang berdisiplin

tinggi dan fleksibel dalam perlaksanaan

mencapai matlamat-matlamat organisasi, tanpa

melupakan keperluan-keperluan anggota

bawahannya. Di sebaliknya, pihak pengurusan

tidak boleh sama sekali disisih kerana, tanpa

kepimpinan yang berkesan, sumber-sumber

organisasi tidak dapat diuruskan dengan

efisien.

Gaya-gaya pengurusan mungkin berubah

dari satu organisasi ke organisasi yang lain

tetapi terdapat beberapa faktor yang sama.

Pertama, pengurusan melalui objektif atau Management

by objectives (MBO). In termasuk

penggunaan Balance Scorecard dan petunjuk

utama prestasi atau key performance indicators.

Kedua adalah pengurusan melalui prestasi

atau management by performance, yang

menitikberatkan pelaksanaan kerja-kerja yang

berkualiti tinggi yang dihasilkan melalui motivasi

dan hubungan kerja (working relationships).

Lain-lain faktor termasuk pengurusan melalui

gaya (management by styles) bagi memenuhi

keperluan keadaan persekitaran. Pengurusan

melalui sistem maklumat (management by information

systems) bergantung kepada

penjanaan data-data dalam organisasi, dan

pengurusan melalui bimbingan dan

pembangunan (management by coaching and

developing) di mana sumber tenaga kerja dilatih

untuk mengekalkan kecekapan. Oleh demikian,

seorang marksman adalah ‘pemimpin dan

pengurus’ yang berupaya mengimbangi

aspirasi individu, altruisme dan memenuhi

kehendak-kehendak organisasi.

Pengurusan Medan Pertempuran

MARKSMAN

Dunia yang semakin berkembang dalam alaf

baru ini mempertontonkan kepada kita semua

akan peperangan yang berlaku secara praktikal

tanpa menggunakan kekuatan fizikal dan

keupayaan memerintah dan mengawal

kesemua aset pertempuran merupakan faktor

kejayaan utama. Pengurusan medan

pertempuran kini menjadi elemen penting kepada

angkatan darat dewasa ini dan TD sendiri

memperakui kepentingannya. Tuntutan

peperangan di masa hadapan tertumpu kepada

penguasaan kawasan pertempuran (domination

of battle area), pertempuran tepat (precision

engagement), perlindungan medan

pertempuran (battlefield protectiuon) dan

penumpuan terhadap bantuan logistik (focussed

logistics support). Oleh kerana

maklumat adalah penting untuk menguasai

medan pertempuran, TD telah menetapkan

Marksman

halatujunya untuk membangunkan keupayaankeupayaannya

dalam sistem pengurusan

medan pertempuran.

Proses untuk membangunkan keupayaankeupayaan

ini akan berterusan bagi

menggabungkan struktur perintah dan kawalan

antara elemen-elemen tempur dan seterusnya,

mengatur gerakkan dari peringkat kumpulan

petugas hingga ke pertempuran di peringkat

angkatan tentera. Bagi mencapai kekuasaan

yang berpatutan dalam peperangan maklumat,

TD kini sedang membangunkan program

rangkaian pusat (network centric programme)

kerana ini dianggap sebagai satu kaedah

penting dalam pengurusan medan pertempuran.

Walaupun kekuatan udara diperlukan bagi

mengaturgerakkan angkatan darat secara

berkesan, kekuatan maklumat akan memberi

kesedaran tinggi terhadap keadaan medan

pertempuran serta memantapkan lagi dalam

proses membuat keputusan. Memenangi satusatu

pertempuran di masa akan datang

bergantung kepada bagaimana pantasnya

kebolehsuaian sesebuah angkatan kepada

perubahan persekitaran keselamatan yang

berlaku begitu pantas. Walaupun perubahan

persekitaran keselamatan boleh mengubah

strategi-strategi dan kaedah pertempuran,

hanya pengurusan medan pertempuran yang

effektif yang bakal menentukan kejayaan satusatu

misi. Membangunkan sebuah tenaga kerja

yang berpengetahuan dan profesional serta

mempertingkatkan aset-aset tempur adalah

langkah permulaan yang dilaksnakan oleh TD

untuk menjadi Marksman di medan

pertempuran. TD berhasrat untuk mewujudkan

keupayaan pengurusan medan pertempuran

JUN

JUN

2007

2007

31 31

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!