26.10.2014 Views

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

keberkesanan sistem pembetungan. Keutamaan juga akan diberi kepada pulaupulau

dan KSAS seperti taman-taman laut, rizab semula jadi dan destinasi

pelancongan di mana sistem pembetungan yang bersesuaian akan disediakan untuk

melindungi alam sekitar yang sensitif.

iii.

Perparitan

Di bawah strategi pembangunan RFN Ke-2, program perparitan dan tebatan banjir

sehingga tahun 2020 adalah untuk mengatasi masalah banjir di conurbation utama

iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan.

Pendekatan tradisional tebatan banjir akan diintegrasikan dengan langkah-langkah

kawalan punca banjir berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Pelan risiko

banjir bagi Semenanjung Malaysia perlu disediakan bagi memastikan peruntukan

dan pertimbangan mencukupi diberi kepada aspek ini dalam perancangan fizikal dan

guna tanah masa hadapan. Dalam konteks ini, pendekatan kontemporari tebatan

banjir berdasarkan langkah-langkah pencegahan dengan mengelakkan

pembangunan di kawasan-kawasan mudah banjir perlu digunapakai. Pada

prinsipnya, ini adalah untuk mengelakkan pencerobohan guna tanah bandaran ke

dalam kawasan tanah bencah dan dataran banjir yang berperanan sebagai kawasan

takungan banjir semula jadi. Dasar mesra alam ini menggalakkan pemuliharaan

tanah bencah serta flora dan fauna juga menyediakan kemudahan rekreasi pasif dan

aktif peringkat wilayah untuk penduduk bandar.

iv.

Pengurusan Sisa Pepejal

Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan (PSPSPK) menyediakan

pelbagai strategi dan langkah-langkah untuk menambah baik pengurusan sisa

pepejal. Antara aspek fizikal dalam pelan tersebut adalah pembinaan kemudahankemudahan

sisa pepejal untuk membolehkan pungutan, rawatan dan pelupusan sisa

pepejal secara teratur.

Antara kemudahan yang telah dibina termasuk stesen pemindahan di Kuala Lumpur

dan tapak pelupusan sanitari di Bukit Tagar, Selangor dan Selong, Johor. Adalah

dijangkakan kemudahan-kemudahan tambahan seperti pusat pelupusan sanitari

wilayah dan kemudahan lain seperti loji rawatan termal sisa pepejal, stesen

pemindahan dan tapak pelupusan sanitari juga akan dibina. Kerja-kerja menambah

baik tapak-tapak pelupusan sampah tidak sanitari juga akan dijalankan. Tapak-tapak

pembuangan sampah lama yang tidak digunakan pula akan ditutup secara selamat.

Selain dari membina kemudahan-kemudahan fizikal, kempen-kempen kesedaran

awam akan juga dijalankan. Usaha-usaha akan dijalankan untuk mencapai sisa

minima, guna semula sisa pepejal, pemulihan sisa pepejal dan mencapai sasaran

kitar semula sisa pepejal sebanyak 22% pada tahun 2010.

4‐40

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!