26.10.2014 Views

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rancangan Fizikal Negara Ke-2

RFN 25

PEMBANGUNAN DI TANAH TINGGI PERLU DIKAWAL DENGAN TEGAS BAGI MELINDUNGI

KESELAMATAN MANUSIA DAN MENGEKALKAN KUALITI PERSEKITARAN DAN

BIODIVERSITI

PI 18 : Kawasan Tanah Tinggi dan Pengurusan Khas

Langkah-langkah:

i. Semua pembangunan perlu mematuhi Garis Panduan Perancangan Pembangunan di

kawasan Bukit dan Tanah Tinggi 12 .

ii. Strategi pembangunan pertanian dan pelancongan di kawasan bukit dan tanah tinggi

perlu dirancang dengan teliti dan bersepadu untuk mengoptimumkan penggunaan

sumber tersebut.

iii. Padang golf dan industri sederhana dan berat yang baru tidak akan dibenarkan di

kawasan tanah tinggi.

iv. Dasar Kawasan Tanah Tinggi Kebangsaan perlu dirumuskan untuk memandu

pembangunan di kawasan tanah tinggi.

Pembangunan di Kawasan Pengurusan Khas (KPK)

v. Berdasarkan kajian untuk Pembangunan Mampan Kawasan Tanah Tinggi Semenanjung

Malaysia 13 , pembangunan bandar dan pertanian yang baru di kawasan tanah tinggi

hanya akan dibenarkan di dalam dua Kawasan Pengurusan Khas (KPK) iaitu :

a. Cameron Highlands-Kinta-Lojing; dan

b. Genting Highlands-Bukit Tinggi-Janda Baik.

Dalam KPK tersebut, pembangunan pertanian baru hanya dibenarkan di luar kawasan

hutan simpan dan kawasan tadahan air. Semua pembangunan harus mematuhi Garis

Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi 14 .

vi. Pembangunan baru tidak dibenarkan dalam KPK Bukit Fraser. Pembangunan sedia ada

perlu mematuhi strategi dan garis panduan yang terkandung dalam Kajian Penyelarasan

Pembangunan Bukit Fraser 15 .

vii. Rancangan Kawasan Khas (RKK) perlu disediakan untuk KPK Cameron Highlands-Kinta-

Lojing, KPK Genting Highlands-Bukit Tinggi-Janda Baik dan KPK Bukit Fraser serta Bukit

Larut (Maxwell Hill), Bukit Bendera dan Gunung Jerai. Pembangunan hanya dihadkan

kepada ekopelancongan yang menumpu kepada usaha membaik pulih dan

meningkatkan kemudahan sedia ada. Pembangunan stesen bukit baru tidak dibenarkan.

12 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 2009. Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi. Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

13 UPE. 2002. Kajian Pembangunan Mampan Kawasan Tanah Tinggi Semenanjung Malaysia. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdanan Menteri, Putrajaya.

14 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 2009. Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

15 JAS. 2008. Kajian Penyelarasan Pembangunan di Bukit Fraser, Pahang. Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya.

5-65

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!