02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

) Sistem Pajak Gadai Ar-Rahn

PKB menggunakan sistem berkomputer iaitu Sistem Pajak Gadai Ar-Rahn bagi urusan

pajak gadai. Pemeriksaan Audit mendapati sistem tersebut memudah dan

mempercepatkan proses pengurusan gadaian, penebusan dan lelongan di Ar-Rahn.

Antara maklumat yang boleh diproses melalui sistem ini adalah pendaftaran pelanggan,

gadaian, ansuran, penebusan dan lelongan.

Pada pendapat Audit, sistem pajak gadai berkomputer yang diperkenalkan oleh PKB

telah memudahkan penggadai mendapat pinjaman segera.

c) Perlindungan Insurans Tidak Mencukupi

Pada 10 Ogos 2008, satu pencerobohan telah berlaku di Ar-Rahn Kota Bharu 1 di mana

sejumlah RM18.20 juta nilai marhun telah dicuri. Mengikut laporan Unit Audit Operasi

Syarikat pada 10 Ogos 2008, butiran lengkap kecurian adalah seperti di Jadual 8.9.

Jadual 8.9

Laporan Kehilangan

Perkara

Bilangan Nilai

Paket (RM Juta)

Marhun Dalam Simpanan (Sebelum Kecurian) 13,705 27.95

Marhun Terselamat 4,528 9.75

Marhun Dicuri 9,177 18.20

Pinjaman Kepada Penggadai 9.16

Perlindungan Insurans 5.00

Ganti Rugi Kepada Penggadai 4.04

Sumber: Maklumat Ar-Rahn KB 1

Semakan Audit mendapati jumlah perlindungan insurans kecurian yang diambil dengan

Syarikat Takaful Malaysia Berhad berjumlah RM5 juta berbanding jumlah keseluruhan

marhun iaitu RM27.95 juta. Hanya 17.9% sahaja daripada nilai marhun yang

diinsuranskan. PKB terpaksa membayar ganti rugi kepada penggadai berjumlah RM4.04

juta setelah ditolak jumlah yang diinsuranskan berjumlah RM5 juta dan jumlah pinjaman

diberi RM9.16 juta.

Pada pendapat Audit, PKB hendaklah mengkaji semula perlindungan insurans yang

diambil supaya tanggungan syarikat dapat dikurangkan apabila berlaku kecurian atau

kebakaran.

d) Pinjaman Melebihi 60% Nilai Marhun

Manual Operasi Ar-Rahn telah menetapkan syarat yang perlu dipatuhi semasa proses

gadaian. Antaranya kadar pinjaman dihadkan kepada 60% nilai semasa barang

sandaran (marhun). Semakan Audit terhadap laporan gadaian di cawangan Ar-Rahn

yang dilawati mendapati ada pinjaman yang diberikan kepada penggadai melebihi 60%

nilai marhun.

92

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!