02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

) Kerja Mereka Bentuk Dan Menyiapkan Projek GIS Bagi Sistem Bekalan Air Negeri

Kelantan

Pada 4 Mei 2008, AKSB telah melantik kontraktor untuk mereka bentuk dan menyiapkan

projek GIS bagi sistem bekalan air Negeri Kelantan bagi tempoh dua tahun bermula pada

4 Mei 2008 dan akan disiapkan pada 3 Mei 2010 yang bernilai RM5.60 juta. Maklumat

terperinci mengenainya adalah seperti di Jadual 6.11.

Jadual 6.11

Kerja Mereka Bentuk Dan Menyiapkan Projek GIS

Bagi Sistem Bekalan Air Negeri Kelantan

No. Kontrak

AKSB/JP/KONT/GIS/08/04

Harga Kontrak

RM5,550,793.52

Tempoh Kontrak 4.5.2008 – 3.5.2010

Kemajuan Kerja 68.4% setakat Oktober 2009

Sasaran Pencapaian (%) 77.5% setakat Oktober 2009

Sumber: AKSB

i) Kontrak Kerja GIS Lewat Ditandatangani

Kontrak perlu ditandatangani untuk menjamin kepentingan kedua-dua belah pihak

dari segi perundangan dan juga kerja yang dilaksanakan adalah menepati apa yang

dipersetujui.

Semakan Audit mendapati sungguhpun tempoh kerja GIS ini hampir tamat tetapi

kontrak mengenainya masih belum ditandatangani. Perkara ini berlaku disebabkan

oleh pihak kontraktor mendapati beberapa item dan terma draf perjanjian yang

disediakan lebih menjurus kepada kerja kejuruteraan awam serta memerlukan

perbincangan lanjut. Keadaan ini telah menyebabkan kemajuan kerja terjejas dan

bayaran kemajuan kerja terhenti.

Mengikut ulasan AKSB, Kontraktor GIS dan pihak AKSB telah bersetuju dan bersedia

untuk menandatangani kontrak tersebut dengan sedikit pindaan. Dokumen kontrak

telah ditandatangani pada 17 Mei 2010 iaitu selepas tempoh kontrak tamat.

ii) Pemetaan GIS – Kerja Semakan Dan Verifikasi Di Tapak

Setiap kerja program NRW memerlukan GIS yang lengkap dan tepat. Semakan

Audit mendapati komponen sistem pemasangan bekalan air berbeza di lukisan

dengan yang di tapak.

Semakan Audit yang dilaksanakan bersama pihak AKSB, Kontraktor NRW dan GIS

terhadap koordinat rangkaian dan fasiliti paip berasaskan sumber maklumat yang

diperolehi daripada Kontraktor NRW dan GIS di tapak DMA Taman Desa Wira dan

Kampung Sabak mendapati koordinat paip, hydrant, sluice valve dan pipe junction

yang ditunjukkan di peta adalah berbeza berbanding dengan koordinat di tapak.

Maklumat terperinci mengenai perbezaan adalah seperti di Jadual 6.12.

75

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!