02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

d) Maklum Balas Peserta

Pihak Audit telah mengedarkan soal selidik kepada setiap peserta melalui Pembantu

Pertanian yang memantau projek berkaitan. Soal selidik ini bagi menentukan sejauh

mana projek pembangunan tanah terbiar memberi manfaat dan kebaikan kepada

peserta serta mengenal pasti masalah dihadapi. Soal selidik berkenaan juga ialah untuk

menentukan kekerapan pemantauan, khidmat nasihat dan lawatan yang dilakukan oleh

Pembantu Pertanian dan Pegawai yang terlibat dalam projek di sesuatu kawasan. Hasil

analisis daripada soal selidik yang diterima mendapati pemantauan, khidmat nasihat dan

lawatan yang diberi terhadap empat projek adalah memuaskan. Bagaimanapun, soal

selidik yang dikembalikan semula oleh 41 daripada 54 peserta Projek Pembangunan

Tanah Terbiar Kg. Gosong mendapati lawatan pemantauan yang dilakukan tidak

memuaskan. Adalah didapati hanya lima peserta atau 12.2% memberi jawapan

pemantauan dilakukan melebihi enam kali setahun. Seramai 19 peserta atau 46.3%

memberi jawapan lima hingga enam kali dan 17 peserta atau 41.5% antara satu hingga

empat kali sahaja setahun.

Sebagai maklum balas kepada soal selidik ini, Jabatan menjelaskan bahawa kekerapan

lawatan untuk Pemantauan Sistem Pengembangan Tekno Pertanian yang telah ditetapkan

adalah lapan kali setahun bagi Projek Tanah Terbiar Kg. Gosong. Pada setiap kali lawatan

yang diadakan tidak semua peserta yang dapat ditemui di peringkat ladang.

3.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, Projek Pembangunan Tanah Terbiar terutamanya melibatkan

tanaman singkat masa seperti tembikai tanpa biji, tembikai wangi, tembikai madu dan

sayuran-sayuran telah mencapai objektifnya. Secara tidak langsung ia memberi sumber

pendapatan yang amat baik kepada peserta projek. Bagaimanapun, sasaran pengeluaran

padi sebanyak empat metrik tan sehektar belum tercapai disebabkan masalah punca air

yang terhad. Bagi tanaman kelapa, pihak Audit mendapati penjagaan di peringkat awal

sebelum pokok mengeluarkan buah adalah tidak memuaskan menyebabkan tumbesarannya

terbantut yang mengakibatkan pokok kelapa lewat berbuah daripada masa sepatutnya.

Sehubungan dengan itu, adalah disyorkan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan mengambil

langkah seperti berikut untuk mengatasi kelemahan yang dikenal pasti:

a) Penyelarasan dan koordinasi antara Jabatan Pertanian dengan Jabatan Pengairan Dan

Saliran perlu dipertingkatkan supaya program dapat dilaksanakan secara menyeluruh

dan berkesan. Perkara ini dapat mengelakkan sistem pengairan yang tidak sempurna

seperti berlaku di projek tanaman padi di Kg. Pangkal Chuit, Machang dan kemasukan

air masin ke tapak projek tanaman kelapa wangi Fasa IV di Kg. Kelong, Tumpat.

b) Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih kerap terhadap tanaman kelapa

terutamanya semasa proses tumbesaran supaya ladang kelapa tidak ditutupi semak

samun di samping sistem pembajaan dan kawalan penyakit dilakukan dengan teratur.

35

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!