02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

JABATAN KERJA RAYA NEGERI KELANTAN

4. PROGRAM MEMPERELOK JALAN-JALAN UTAMA NEGERI

4.1 LATAR BELAKANG

4.1.1 Program Memperelok Jalan-jalan Utama Negeri adalah projek pembangunan untuk

kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Program ini

melibatkan pembinaan jalan baru, pembinaan jambatan, kerja menaik taraf jalan kampung

kepada jalan Negeri dan pemasangan lampu isyarat. JKR adalah Jabatan yang

bertanggungjawab dalam melaksana dan menyenggara projek bangunan dan jalan.

Perbelanjaan yang dibenarkan di bawah Program ini adalah termasuk pembinaan jalan atau

jambatan baru, pelebaran jalan atau penggantian jambatan, kerja ukur dan juga reka bentuk.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (tahun 2006 hingga 2010) sejumlah RM60 juta

telah diperuntukkan bagi tujuan ini.

4.1.2 Matlamat Program ini adalah untuk menyediakan rangkaian perhubungan darat yang

bermutu, selesa dan selamat kepada pengguna jalan raya. Perbelanjaan bagi

melaksanakan Program Memperelok Jalan-jalan Utama Negeri adalah dibayar melalui

peruntukan Negeri iaitu di bawah Peruntukan Pembangunan.

4.1.3 Bagi tempoh 2007 hingga 2009, JKR telah diperuntukkan sejumlah RM34 juta bagi

melaksanakan Program Memperelok Jalan-jalan Utama Negeri. Daripada jumlah tersebut,

sejumlah RM30.89 juta atau 90.9% telah dibelanjakan bagi melaksanakan Program ini yang

melibatkan 39 projek. Butiran lanjut mengenai peruntukan Program Memperelok Jalan-jalan

Utama Negeri yang telah diterima dan dibelanjakan oleh JKR pada tahun 2007 hingga 2009

adalah seperti di Jadual 4.1.

Jadual 4.1

Peruntukan Dan Perbelanjaan

Program Memperelok Jalan-Jalan Utama Negeri Pada Tahun 2007 Hingga 2009

Tahun

Peruntukan Perbelanjaan Perbelanjaan

(RM Juta)

(RM Juta)

2007 13.00 11.74 90.3

2008 12.00 10.59 88.3

2009 9.00 8.56 95.1

Jumlah 34.00 30.89 90.9

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan

4.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sejauh mana Program ini telah dirancang

dengan sempurna dan dilaksanakan dengan cekap, berekonomi serta mencapai matlamat

yang ditetapkan.

37

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!