02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

8.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada prestasi kewangan syarikat

adalah memuaskan, pengurusan aktiviti dan kewangan serta tadbir urus korporat telah

dilaksanakan dengan teratur selaras dengan objektif penubuhannya.

8.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Pengauditan pengurusan syarikat PKB ini meliputi aspek perancangan strategik, tadbir

urus korporat, pengurusan risiko, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia,

pengurusan aktiviti dan pemantauan oleh agensi/syarikat induk bagi tahun 2007 hingga

2009. Prestasi kewangan adalah berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit bagi

tahun 2006 hingga 2008. Semakan terhadap minit mesyuarat Lembaga Pengarah, fail

perancangan, bajet, fail kesetiausahaan dan dokumen, fail serta rekod yang berkaitan bagi

tempoh tiga tahun. Perbincangan dan temu bual dengan pegawai yang berkenaan telah

diadakan. Lawatan ke cawangan Ar-Rahn juga dilakukan. Analisis kewangan juga

dijalankan ke atas maklumat kewangan dan bukan kewangan syarikat bagi tempoh tiga

tahun.

8.4 PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2009 mendapati keuntungan bersih selepas

cukai PKB menurun daripada RM1.87 juta pada tahun 2006 kepada RM1.86 juta pada tahun

2007. Bagaimanapun, PKB mencatatkan kerugian bersih selepas cukai iaitu sejumlah

RM12.95 juta bagi tahun kewangan 2008. Pengurusan aktiviti utamanya yang meliputi

perniagaan pajak gadai Islam adalah memuaskan. Penjelasan lanjut berhubung dengan

prestasi kewangan, pengurusan aktiviti, tadbir urus korporat serta pengurusan kewangan

adalah seperti berikut:

8.4.1 Prestasi Kewangan

a) Keuntungan sebelum cukai PKB meningkat sejumlah RM0.71 juta atau 41.5% daripada

RM1.71 juta pada tahun 2006 kepada RM2.42 juta pada tahun 2007. Bagaimanapun,

PKB mencatatkan kerugian sebelum cukai sejumlah RM12.95 juta pada tahun 2008

setelah mengambil kira kerugian luar biasa sejumlah RM13.20 juta. Kerugian luar biasa

adalah disebabkan oleh pembayaran pampasan kepada penggadai berikutan kes

kecurian yang berlaku di Ar-Rahn cawangan Kota Bharu 1 pada 10 Ogos 2008. Prestasi

kewangan PKB adalah seperti di Jadual 8.2.

85

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!