02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

AKSB memaklumkan anggaran kehilangan hasil adalah RM17.83 juta bagi tahun 2008.

Berdasarkan Imbangan Air di atas, aspek-aspek yang boleh dipertingkatkan adalah dari segi

kemasukan isi padu air ke dalam sistem agihan, penggunaan sah yang dibilkan, kehilangan

fizikal dan komersil yang begitu tinggi serta pelaksanaan projek NRW secara holistik.

Penjelasan lanjut mengenai aspek di atas adalah seperti di perenggan berikut:

6.4.1 Kemasukan Isi padu Air Ke Dalam Sistem (Q in)

Kemasukan isi padu air ke dalam sistem (Q in) adalah jumlah pengeluaran air bermeter dari

LRA. Setiap LRA hendaklah mempunyai meter pengeluaran yang berfungsi menyukat

kuantiti pengeluaran air bersih dengan tepat dan berterusan. Mengikut manual

pembuat/pengilang, verifikasi terhadap meter pengeluaran ini hendaklah dilaksanakan setiap

enam hingga 12 bulan dan diselenggara secara berkala bagi menjamin ketepatan

bacaannya. Semakan Audit mendapati sungguhpun verifikasi terhadap meter pengeluaran

dilaksanakan tetapi bacaan kemasukan isi padu air ke dalam sistem berjumlah 124,655,008

m 3 yang direkodkan pada tahun 2008 diragui ketepatannya kerana dua unit meter

pengeluaran tidak beroperasi. Maklumat mengenai status meter pengeluaran adalah seperti

di Jadual 6.4.

Jadual 6.4

Status Meter Pengeluaran (Production Meter) LRA

Negeri

Jumlah Bilangan

Verifikasi

Jumlah

Status Operasi Meter

Keseluruhan Meter

Meter

Loji

(Bilangan)

Pengeluaran/Kemasukan Air (Bilangan)

Rawatan

Ke Dalam Sistem (Outlet

Tidak

Air

Ada Tiada Beroperasi

Inflow)

Beroperasi

Electromagnetic meter : 21 Nos / 20 1

Kelantan 33 Mekanikal : 17 Nos / 17 /

Insertion flowmeter : 10 Nos / 9 1

Sumber: AKSB

Selaras dengan itu, di bawah kontrak NRW, AKSB telah menetapkan 33 unit meter

pengeluaran akan ditukar pada tahun 2009. Bagaimanapun, kerja penukaran meter

pengeluaran tersebut hanya dilaksanakan pada 22 Februari 2010 dan selesai pada 23 Mac

2010. Sebanyak 32 unit dari 33 unit meter pengeluaran telah ditukar sementara satu unit

tidak dapat ditukar iaitu di LRA Ciku yang disebabkan oleh perbezaan saiz paip.

Pada pendapat Audit, tindakan penukaran meter kepada jenis electromagnetic adalah

wajar bagi menjamin ketepatan bacaan kemasukan isi padu air ke dalam sistem.

6.4.2 Penggunaan Sah Yang Dibilkan

Penggunaan Sah Yang Dibilkan dalam Imbangan Air diperolehi dari sistem pengurusan

pengebilan. Semakan Audit terhadap jadual imbangan air tahun 2008 mendapati

pengeluaran air yang dapat disalurkan kepada pengguna adalah sebanyak 51.1% manakala

selebihnya merupakan kehilangan. Daripada jumlah ini, adalah didapati sejumlah 50.6%

atau 63,087,623 m 3 dibilkan dan sejumlah 0.5% tidak dibilkan. Pengebilan air merupakan

66

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!