02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ii) Nisbah Pulangan Ke Atas Aset

Nisbah pulangan ke atas aset diperolehi dengan membahagikan untung bersih

dengan jumlah aset. Nisbah ini mengukur keupayaan pihak pengurusan

menggunakan aset yang dimiliki untuk menjana pendapatan operasi. Semakin tinggi

nisbah bermakna syarikat semakin cekap dan produktif dalam meningkatkan

keuntungan bagi setiap ringgit yang dilaburkan. Mengikut perkiraan Audit, AYSB

mencatatkan pulangan ke atas aset iaitu negatif 2% pada tahun 2006 dan ia menurun

kepada negatif 14% pada tahun 2007. Pulangan negatif ke atas aset menunjukkan

AYSB tidak cekap dalam menggunakan aset untuk menjana hasil. Bagaimanapun,

pulangan positif atas aset iaitu 10% dicatatkan pada tahun 2008.

iii) Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti

Nisbah pulangan ke atas ekuiti diperolehi dengan membahagikan untung bersih

dengan jumlah ekuiti. Perkiraan Audit hanya mengambil kira modal saham sahaja

bagi bahagian jumlah ekuiti disebabkan kerugian terkumpul yang dialami oleh AYSB.

Nisbah ini menunjukkan pulangan yang diperolehi oleh pemilik/pemegang saham

bagi setiap ringgit yang dimiliki oleh syarikat. Semakin tinggi nisbah bermakna

syarikat lebih berupaya menghasilkan untung yang lebih tinggi kepada

pemilik/pemegang saham. Mengikut perkiraan Audit, AYSB mencatatkan pulangan

ke atas ekuiti iaitu (24%) pada tahun 2006 dan ia menurun melebihi 100% pada

tahun 2007. Pulangan negatif ke atas ekuiti menunjukkan ketidakcekapan AYSB

dalam menjana pendapatan kepada pemegang saham. Bagaimanapun, pulangan

positif atas ekuiti iaitu 99% dicatatkan pada tahun 2008.

iv) Nisbah Hutang

Nisbah hutang diperolehi dengan membahagikan jumlah hutang dengan jumlah aset.

Nisbah ini menunjukkan keupayaan syarikat menguruskan hutang yang diterima

sebagai satu sumber pembiayaan. Nisbah ini digunakan untuk mengukur sejauh

mana aset dalam perniagaan dibiayai oleh sumber pembiayaan hutang. Semakin

rendah nisbah bermakna syarikat tidak terlalu bergantung kepada pinjaman untuk

menghasilkan aset syarikat. Mengikut perkiraan Audit, nisbah hutang AYSB pada

tahun 2006 adalah 1.12 dan ia meningkat kepada 1.13 pada tahun 2007. Nisbah ini

terus meningkat kepada 1.19 pada tahun 2008. Nisbah hutang yang semakin

meningkat adalah disebabkan oleh jumlah terhutang kepada Perbadanan Induk iaitu

YAKIN bagi membiayai operasi harian AYSB dan KDSB. Peningkatan nisbah ini

menunjukkan AYSB terlalu bergantung kepada pembiayaan hutang bagi menjana

aset syarikat.

v) Nisbah Hutang/Ekuiti

Nisbah hutang/ekuiti diperolehi dengan membahagikan jumlah hutang dengan ekuiti

pemegang saham. Nisbah ini menunjukkan jumlah hutang yang perlu ditanggung

bagi setiap dana pemegang saham syarikat. Semakin rendah nisbah bermakna

syarikat berupaya mengawal penggunaan hutangnya. Mengikut perkiraan Audit,

102

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!