02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

3.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan tanah

terbiar bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009. Pengauditan ditumpukan kepada lima Projek

Pembangunan Tanah Terbiar (PPTT) yang telah dibangunkan. Projek berkenaan ialah

PPTT Kampung Gosong dan Kampung Pangkal Chuit bagi Jajahan Machang, Kampung

Nara dan Kampung Gong Kulim bagi Jajahan Pasir Puteh serta Kampung Kelong, Tumpat.

Kaedah pengauditan adalah dengan menyemak fail, rekod berkaitan, minit mesyuarat dan

dokumen lain berkaitan dengan program ini. Selain itu, lawatan ke lokasi projek, temu bual

dengan pegawai dan petani juga dijalankan. Borang soal selidik juga diedarkan kepada

petani.

3.4 PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November tahun 2009

mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan Projek Pembangunan Tanah Terbiar adalah

memuaskan. Bagaimanapun, didapati masih ada beberapa kelemahan yang boleh

menjejaskan kejayaan program ini. Antara kelemahan ini ialah keluasan tanah terbiar yang

dibangunkan belum mencapai sasaran Jabatan. Ianya mensasarkan untuk membangunkan

seluas 830 hektar tanah terbiar namun hanya seluas 476 hektar atau 57.4% sahaja berjaya

dibangunkan. Jabatan juga mensasarkan perolehan pendapatan sebanyak 12,674 metrik

tan bernilai RM8.52 juta namun sebanyak 10,776 metrik tan atau RM7.23 juta sahaja

dicapai. Kelemahan pelaksanaan projek, masalah tanah dan kurang komitmen peserta

menyebabkan hasil yang diperolehi tidak mencapai sasaran terutamanya yang melibatkan

tanaman kelapa. Penjelasan lanjut adalah seperti perenggan berikut:

3.4.1 Prestasi Pembangunan Tanah Terbiar

Sehingga tahun 2009 di bawah RMKe-9, Jabatan ini telah merancang untuk membangunkan

seluas 830 hektar tanah terbiar yang melibatkan 22 projek. Semakan Audit mendapati hanya

13 projek dengan keluasan 476 hektar sahaja berjaya dibangunkan dalam tempoh tersebut.

Seluas 354 hektar lagi yang melibatkan sembilan projek atau 42.6% daripada keluasan yang

dirancang tidak dapat dibangunkan disebabkan faktor peruntukan kewangan yang tidak

mencukupi. Kegagalan ini memberi impak kepada matlamat pembangunan tanah terbiar

bagi menambahkan pengeluaran makanan negara, meningkatkan pendapatan petani serta

mewujudkan peluang pekerjaan melalui usaha tani. Kedudukan cadangan pembangunan

tanah terbiar dalam RMKe-9 adalah seperti di Jadual 3.1.

17

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!