02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

5.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sejauh mana pengurusan cukai taksiran

telah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan untuk meningkatkan kutipan dan

mengurangkan tunggakan selaras dengan peraturan mengenainya.

5.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Skop pengauditan adalah meliputi aspek pengurusan kutipan cukai taksiran dan

proses pengenaan kadar cukai taksiran bagi tahun 2007 hingga 2009. Kaedah pengauditan

dijalankan dengan menyemak senarai nilaian cukai taksiran, lejar perseorangan cukai

taksiran, proses pengenaan cukai, tindakan memungut tunggakan, permohonan mendirikan

bangunan, pengeluaran Sijil Layak Menduduki (SKD), notis kompaun dan minit mesyuarat

Majlis. Selain itu, lawatan ke lokasi pegangan juga dibuat untuk menilai penyenggaraan dan

kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut.

5.4 PENEMUAN AUDIT

Pengurusan cukai taksiran yang cekap dan berkesan akan membantu Majlis

meningkatkan kutipan hasil cukai dan mengurangkan tunggakan. Pengurusan cukai

dilaksanakan dengan berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan arahan yang

telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan melalui Mesyuarat Majlis. Semakan

Audit bermula dari Oktober 2009 hingga Januari 2010 terhadap aktiviti pengurusan cukai

taksiran mendapati bangunan yang dikeluarkan SKD belum dikenakan cukai sepenuhnya,

tambahan bangunan belum dipinda cukai taksirannya, kutipan cukai taksiran tidak mencapai

sasaran dan kutipan tunggakan adalah tidak memuaskan. Penjelasan lanjut mengenai

penemuan Audit adalah seperti berikut:

5.4.1 Proses Pengenaan Cukai Dan Kadar Cukai Taksiran

a) Proses Pengenaan Cukai Taksiran

i) Bangunan Yang Dikeluarkan SKD Belum Dikenakan Cukai Sepenuhnya

Mengikut Seksyen 25(1) Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, Majlis boleh

mengeluarkan SKD terhadap bangunan yang siap atau sebahagian siap dibina

berdasarkan permohonan bertulis oleh pemilik kepada Majlis. Semakan Audit

mendapati bagi tempoh 2006 hingga 2008, Majlis telah mengeluarkan sebanyak

592 SKD terhadap bangunan yang siap dibina tetapi hanya 324 bangunan yang

telah dikenakan cukai, manakala sebanyak 268 buah bangunan lagi belum

dikenakan cukai. Perkara ini berlaku kerana perjawatan bagi dua Pembantu

Penilaian yang sepatutnya membuat penilaian terhadap bangunan tersebut tidak

diisi sejak tahun 2007. Kedudukan bilangan pengeluaran SKD dan bangunan yang

dikenakan cukai adalah seperti di Jadual 5.2.

50

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!