02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

aktiviti yang menjana hasil kepada pihak AKSB dan melibatkan dua aspek utama iaitu

pengeluaran bil air (bill issued) dan bil yang dikutip (bill collected). Proses pengebilan yang

baik ialah apabila semua pemegang akaun aktif menerima bil dan membuat pembayaran.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, peratusan bil yang dikeluarkan bagi pengguna

domestik dan industri adalah baik kerana peratusan pengeluaran bil hampir mencapai 100%

seperti di Jadual 6.5.

Jadual 6.5

Kekerapan Pengebilan Di Negeri Kelantan

Bilangan Peratus Bil Dikeluarkan Peratus Bil Kutipan

Jenis Akaun

(Bill Issue)

(Collection Bill)

Bil.

Pengguna Pengguna

2006 2007 2008 2009 2006 2007 2008 2009

(2008)

1. Domestik 149,982 96.3 99.4 99.7 99.6 55.5 54.7 51.1 44.5

2. Industri 926 96.6 98.3 98.1 100.3 71.5 67.5 54.7 46.5

Sumber: AKSB

Walaupun peratusan kutipan bil rendah iaitu di dalam lingkungan 55.8% tetapi kutipan hasil

hampir mencapai 100% daripada jumlah bil yang dikeluarkan seperti di Jadual 6.6.

Jadual 6.6

Kekerapan Pengebilan Di Negeri Kelantan

Bilangan

Akaun

Pengguna

(2008)

Bil Dikeluarkan

(Bill Issue)

(RM)

Bil Kutipan

(Collection Bill)

(RM)

2006 2007 2008 2009 2006 2007 2008 2009

Pengguna Domestik

149,982 25,755,323 26,784,971 27,310,397 27,712,791 26,104,720 27,124,006 27,575,496 27,084,250

Pengguna Industri

926 2,627,565 3,006,445 3,311,218 3,548,587 2,563,680 2,974,676 3,239,815 3,536,677

Sumber: AKSB

Mengikut ulasan dan penjelasan pihak AKSB, peratus kekerapan pembayaran bil rendah

adalah disebabkan oleh corak pembayaran pengguna AKSB yang gemar membayar bil

untuk tempoh dua bulan sekali iaitu purata enam kali dalam setahun.

Pada pendapat Audit, Penggunaan Sah Yang Dibilkan adalah tidak memuaskan kerana

50.6% sahaja pengeluaran air yang menjanakan pendapatan, manakala 49.4% lagi

merupakan peratusan kehilangan dan seterusnya merupakan kehilangan hasil.

6.4.3 Kehilangan Fizikal

Kehilangan fizikal ialah kehilangan air dalam bentuk yang dapat dilihat, boleh dikesan dan

juga kehilangan bawah tanah yang tidak dapat dikesan. Ia terbahagi kepada tiga iaitu

kebocoran dan pecah pada sesalur utama, agihan dan retikulasi, kebocoran pada paip

perhubungan hingga ke meter pelanggan serta kebocoran dan limpahan tangki simpanan.

Jadual imbangan air bagi tahun 2008 menunjukkan peratusan kehilangan fizikal merupakan

penyumbang utama kepada kehilangan air iaitu sebanyak 43.1%. Bagi memastikan

pengurusan strategi pengawalan kehilangan fizikal yang efisien, tumpuan harus diberikan

kepada empat komponen utama iaitu pengurusan tekanan air yang baik, tindakan

pembaikan yang pantas dan berkualiti (speed and quality of repair work), pengurusan aset

(pipeline and asset management) serta pengawalan kebocoran (active leakage control).

67

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!