02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

c) Analisis Nisbah Kewangan

Bagi menilai prestasi kewangan PKB, beberapa nisbah kewangan telah dijalankan

terhadap butiran yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan serta Penyata

Pendapatan PKB bagi tahun kewangan 2006 hingga 2008. Hasil analisis nisbah

kewangan adalah seperti di Jadual 8.6.

Jadual 8.6

Analisis Nisbah Kewangan Bagi Tahun Kewangan 2006 Hingga 2008

Bil.

Butiran

Tahun Kewangan

2006 2007 2008

1. Nisbah Semasa 1.22 kali 1.24 kali 0.91 kali

2. Margin Keuntungan 46% 50% (>100%)

3. Nisbah Pulangan Ke Atas Aset 4% 4% (24%)

4. Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti 11% 11% (>100%)

5. Nisbah Hutang 0.69 0.67 0.91

6. Nisbah Hutang/Ekuiti 2.20 1.98 10.52

Sumber: Penyata Kewangan PKB

i) Nisbah Semasa

Nisbah semasa diperolehi dengan membahagikan aset semasa dengan liabiliti

semasa. Nisbah ini digunakan untuk mengukur tahap kecairan kewangan sesebuah

syarikat dan menunjukkan sejauh mana kemampuan syarikat untuk membayar

hutangnya dalam jangka masa pendek. Semakin tinggi nisbah semasa bermakna

semakin baik tahap kecairan syarikat. Mengikut perkiraan Audit, tahap kecairan PKB

pada tahun 2006 adalah 1.22 kali dan ia meningkat kepada 1.24 kali pada tahun

2007. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh pengurangan pinjaman jangka

pendek. Nisbah semasa PKB yang lebih daripada 1 pada tahun 2006 dan 2007

menunjukkan syarikat berupaya untuk memenuhi tanggungan jangka pendeknya.

Bagaimanapun, nisbah ini menurun kepada 0.91 kali pada tahun 2008. Penurunan

ini adalah disebabkan oleh pertambahan pinjaman jangka pendek daripada RM2.56

juta pada tahun 2007 kepada RM8.53 juta pada tahun 2008. Selain itu, pertambahan

amaun terhutang kepada PKINK daripada RM15.94 juta pada tahun 2007 kepada

RM23.19 juta pada tahun 2008 turut menyumbang kepada penurunan nisbah ini.

ii) Margin Keuntungan

Margin keuntungan diperolehi dengan membahagikan untung bersih dengan jualan.

Margin ini menunjukkan jumlah sen keuntungan bagi setiap ringgit jualan. Margin ini

digunakan untuk mengukur keupayaan pihak pengurusan mengawal perbelanjaan

operasinya dan menghasilkan keuntungan daripada jualan. Semakin tinggi margin

bermakna syarikat berjaya meningkatkan keuntungan daripada setiap sen jualan.

Mengikut perkiraan Audit, PKB memperolehi keuntungan 46 sen bagi setiap ringgit

jualan pada tahun 2006 dan ia meningkat kepada keuntungan 50 sen pada tahun

2007. Bagaimanapun, PKB mengalami kerugian RM4.09 bagi setiap ringgit jualan

pada tahun 2008. Margin kerugian dicatatkan adalah disebabkan oleh kerugian luar

biasa sejumlah RM13.20 juta yang dialami ekoran kes kecurian.

88

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!