02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

) Prestasi Pungutan Cukai Tidak Memuaskan

Majlis mempunyai 7,874 pegangan yang terletak dalam 20 kawasan atau mukim dan 29

taman perumahan. Daripada jumlah ini 4,236 pegangan terletak dalam mukim/kawasan

yang ada kemudahan asas yang lengkap, manakala sebanyak 3,638 pegangan lagi

terletak dalam kawasan yang tidak disediakan kemudahan asas. Semakan Audit

mendapati pada tahun 2009 prestasi pungutan cukai bagi kawasan yang ada

kemudahan asas dan penyenggaraan ini adalah sebanyak 15.5% iaitu berjumlah

RM72,634 yang melibatkan 657 pemilik sahaja. Bagi kawasan/mukim yang tiada

kemudahan asas pula prestasi pungutan cukai adalah lebih rendah iaitu 6.8% berjumlah

RM31,225 yang melibatkan 249 pemilik. Butiran lengkap pungutan cukai tersebut

seperti di Jadual 5.7.

Jadual 5.7

Perbandingan Kutipan Cukai Antara Kawasan

Jumlah Cukai Kutipan Cukai Semasa Peratusan

Kawasan/Mukim Tahun Pegangan Terhak

(RM)

Jumlah

(RM)

Pegangan

(Bil.)

Pembayar

Kawasan Disediakan

Kemudahan

2009 4,236 375,078 72,634 657 15.5

Asas/Penyenggaraan:

Bandar Machang, 2008 4,220 370,230 65,139 684 16.2

Mukim Machang, Pulai

Chondong, Pekan

Temangan dan 15 2007 4,220 364,653 63,245 480 11.4

Taman Perumahan

Kawasan Tiada

Kemudahan Asas/

2009 3,638 156,537 31,225 249 6.8

Penyenggaraan:

2008 3,637 153,642 27,973 247 6.8

16 Mukim dan 14

Taman Perumahan 2007 3,637 151,586 26,657 187 5.1

2009 7,874 531,615 103,859 906 11.5

Jumlah Bagi Tahun

2008 7,857 523,872 93,112 931 11.9

2007 7,857 516,239 89,902 667 8.5

Sumber: Rekod Cukai Taksiran Majlis

Peratus pembayar cukai yang disediakan kemudahan asas adalah tidak memuaskan

dan lebih serius lagi bagi kawasan yang tiada kemudahan asas. Oleh itu Majlis perlu

mengambil langkah yang lebih proaktif dalam memberi kesedaran terhadap

tanggungjawab pemilik pegangan supaya menjelaskan cukai.

Majlis telah menyedari kedudukan ini dan sebagai langkah untuk meningkatkan prestasi

pungutan cukai taksiran, Majlis telah memutuskan beberapa kaedah pendekatan untuk

dilaksanakan seperti menyediakan kemudahan asas dan penyenggaraan menggunakan

peruntukan Projek Kesejahteraan Rakyat, kutipan dari rumah ke rumah dan Program

Ahli Majlis Bersama Penduduk. Semakan Audit terhadap program yang dirancang

mendapati perkara seperti berikut:

56

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!