02.06.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

9.4 PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2009 mendapati AYSB mengalami kerugian

bersih selepas cukai iaitu RM0.12 juta bagi tahun kewangan 2006 dan RM0.67 juta bagi

tahun kewangan 2007. Bagaimanapun, AYSB mencatatkan keuntungan bersih selepas cukai

iaitu sejumlah RM0.50 juta bagi tahun kewangan 2008. Pengurusan aktiviti utamanya yang

meliputi pencarian dana bagi membiayai dan mengurus kolej pendidikan swasta adalah tidak

memuaskan. Projek usaha sama yang dijalankan tidak menguntungkan dan yang dirancang

gagal dilaksanakan. Penjelasan lanjut berhubung dengan prestasi kewangan, pengurusan

aktiviti, tadbir urus korporat serta pengurusan kewangan adalah seperti berikut:

9.4.1 Prestasi Kewangan

a) AYSB mengalami kerugian sebelum cukai sejumlah RM0.08 juta pada tahun 2006.

Bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai sejumlah RM0.10 juta dicatatkan pada tahun

2007. Penurunan RM0.44 juta menyebabkan kerugian sebelum cukai AYSB sejumlah

RM0.34 juta pada tahun 2008. Kerugian bersih selepas cukai AYSB meningkat daripada

RM0.12 juta pada tahun 2006 kepada RM0.67 juta pada tahun 2007. Kerugian yang

dialami adalah kerana AYSB terlalu bergantung kepada pendapatan daripada

pembalakan dan tidak berupaya menjana sumber pendapatan lain. AYSB mencatatkan

keuntungan bersih selepas cukai iaitu sejumlah RM0.50 juta pada tahun 2008. Prestasi

kewangan AYSB adalah seperti di Jadual 9.1.

Jadual 9.1

Prestasi Kewangan AYSB Bagi Tahun Kewangan 2006 Hingga 2008

Peningkatan/

Peningkatan/

2006 2007

2008

Butiran

(Penurunan)

(Penurunan)

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%) (RM Juta) (RM Juta) (%)

Jumlah Pendapatan 1.00 1.01 0.01 1.0 0.61 (0.40) (39.6)

Jumlah Perbelanjaan (1.08) (0.91) (0.17) (15.7) (0.95) 0.04 4.4

(Kerugian)/Keuntungan

(0.08) 0.10 0.18 >100 (0.34) (0.44) (>100)

Sebelum Cukai

Cukai (0.04) (0.77) 0.73 >100 0.84 1.61 >100

(Kerugian)/Keuntungan

(0.12) (0.67) (0.55) (>100) 0.50 1.17 >100

Selepas Cukai

Sumber: Penyata Kewangan AYSB

i) Analisis Pendapatan

Punca pendapatan utama AYSB adalah daripada konsesi pembalakan yang diterima

hasil usaha sama dengan MERSB. Jumlah pendapatan AYSB meningkat daripada

RM1 juta pada tahun 2006 kepada RM1.01 juta pada tahun 2007. Bagaimanapun,

jumlah pendapatan AYSB menurun sejumlah RM0.40 juta atau 39.6% kepada

RM0.61 juta pada tahun 2008. Penurunan ini menyebabkan AYSB mengalami

kerugian dan kedudukan kewangan AYSB adalah tidak kukuh kerana bergantung

kepada bantuan kewangan daripada Perbadanan Induk iaitu YAKIN.

99

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!