15.05.2019 Views

WADAH 2013

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

PENDIDIKAN PENYAYANG DI SEKOLAH

Oleh:

NORHAYATI HJ HASHIM

Kalau guru kenal pelajar

Di luar sekolah mereka tak liar

Kalau guru suka berdamping

Semua murid dapat dibimbing

Kalau guru kurang mengajar

Dapatlah murid yang kurang ajar

(Sedutan gurindam Kalau Guru…..)

Berdasarkan sedutan gurindam ’Kalau Guru...”

nukilan Usman Awang di atas, memperlihatkan

betapa amalan penyayang amat perlu diamalkan di

sekolah. Apatah lagi, tatkala sistem pendidikan

negara sedang berhadapan dengan cabaran getir

dalam usaha menyediakan sistem pendidikan

berkualiti yang menitikberatkan perkembangan

sosiobudaya yang sihat seiring dengan

pembangunan ekonomi mapan , jelaslah elemen

konsep penyayang tidak boleh diabaikan.

Konsep penyayang merangkumi unsur moral,

sosial dan keperibadian diri (personal facet) yang

positif. Apabila seseorang murid mempunyai

keperibadian diri yang positif dan seimbang,

mereka mampu menangani sebarang masalah sekali

gus dapat meningkatkan prestasi mereka dalam

proses pembelajaran. Pada amnya, semua pendidik

sentiasa menyokong amalan penyayang di sekolah.

Amalan penyayang bermula dari kerelaan hati

seseorang dalam menerima tiap-tiap ketentuan

Allah. Guru dan murid seharusnya bersyukur

dengan pemberian Allah seperti kecerdasan otak,

bakat, kecergasan fizikal dan keadaan sekolah dan

masyarakat yang tertentu. Al-Quran menyebut,

Oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan

kerpadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang

yang bersyukur

! ! ! (Al-A’raf : 144)

Oleh yang demikian, usaha mewujudkan

kerjasama antara pemimpin sekolah , guru, murid,

serta masyarakat setempat untuk menggembleng

dan meningkatkan potensi murid ke tahap yang

optimum dalam persekitaran yang penyayang dan

sihat adalah penting. Sementelahan lagi, guru

pasti dapat membina satu suasana pengajaran dan

pembelajaran yang efektif serta melaksanakan

sistem pengurusan bilik darjah yang konstruktif

dalam suasana seperti ini.

Hasil kajian menunjukkan bahawa sekolah

penyayang akan menjurus ke arah pewujudan

sekolah cemerlang. Iklim persekolahan yang

menggalakkan suasana saling membantu, prihatin

dan merasakan bahawa mereka sebahagian

daripada komuniti sekolah dapat merangsang

perkembangan psikososial dan afektif murid.

Sehubungan dengan itu, sebarang perancangan

sekolah yang tidak mengambil kira hal tersebut

sebagai satu prioriti, akan menemui kegagalan

dalam usaha mewujudkan sebuah institusi yang

penyayang.

Konsep “ Sekolah Penyayang”

Menurut Imam al-Ghazali dalam Ihy’ulumaddin,

terdapat beberapa tanggungjawab atau

kewajipan yang perlu dipenuhi oleh guru iaitu guru

perlu mempunyai perasaan sayang terhadap murid

dan melayan mereka seperti anak sendiri. Pendapat

ini diulas oleh Muhammad Athiyah al-Abrasyi

(1970: 136-41) yang menekankan bahawa guru

sehar usnya bersifat seba gai ibubapa dan

menyayangi muridnya seperti keluarga sendiri

seterusnya mengetahui tabiat mereka daripada

aspek personaliti dan pemikiran.

Oleh sebab murid menghabiskan lebih satu per

empat daripada masa mereka di sekolah semasa

mereka berusia tujuh hingga 17 tahun , tidak dapat

dinafikan bahawa keadaan persekitaran yang

melingkunginya, mempunyai pengaruh yang besar

kepada murid. Sekolah boleh menjadi tempat yang

stategik untuk memupuk budaya penyayang.

Melalui interaksi dengan individu dari pelbagai

latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik

murid belajar memahami, menerima dan

menghargai kepelbagaian. Maka perkongsian nilai

dan pengalaman dapat dibina untuk masa depan

Malaysia yang seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani.

Mortimore (1991) menjelaskan bahawa sekolah

berkesan akan menunjukkan pencapaian murid

yang tinggi melebihi jangkaan dan mengandungi

nilai tambah. Persekitaran ini akan merangsang

! Muka Surat 14

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!