15.05.2019 Views

WADAH 2013

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

MENGEMBARA SATU PEMBAZIRAN?

Oleh:

FAUZIAH HASHIM

Sesetengah orang beranggapan mereka yang

sering bercuti, melancong dan mengembara ke

dalam mahupun luar negara sebagai satu perbuatan

yang membazir. Sejauhmanakah benar anggapan

yang seperti itu? Sebenarnya daripada pengalaman

saya mengembara banyak kebaikan yang ditemui

malah saya beranggapan mengembara itu satu

keperluan untuk menjadikan diri kita lebih baik.

Mengembara dapat meluaskan minda dan hati

kita tentang kejadian yang berlaku di tempat lain

sama ada dalam negara mahupun di luar negara.

Hal ini penting dilakukan untuk kaum pendidik

dalam membuat perbandingan dan penelitian dari

pelbagai aspek kehidupan yang boleh dikongsikan

bersama dengan anak didik. Malah agama Islam

sendiri pun menganjurkan umatnya melancong atau

bertebaran di muka bumi untuk melihat dengan

mata kepala sendiri bentuk muka bumi,

pemandangan, pelbagai bentuk rupa paras manusia,

mendengar bahasa dipertuturkan dan persekitaran

sosio emosi budaya di sesuatu tempat itu.

Pembelajaran berlaku di mana semua deria kita

berfungsi, dapat menghidu hawa cuaca, menikmati

panorama, kulit deria sentuh yang paling optimum

kerana dapat merasai kehangatan dan kedinginan

iklim di tempat tersebut. Manakala lidah pula

yang paling bahagia kerana dapat merasai

perbezaan keunikan masakan penduduk setempat.

Mengembara dapat mematangkan pengalaman,

persepsi dan pemikiran tentang alam dan manusia

serta memperkayakan ilmu pengetahuan. Sebagai

contoh Sasterawan Negara Datuk Dr. A. Samad

Said yang menghasilkan buku Warkah Eropah

adalah kesan daripada kunjungan beliau ke

beberapa buah negara di Eropah. Pengalaman

tersebut telah memperkaya pengalaman sekaligus

meningkatkan ilmu pengetahuannya. Begitu juga

buku-buku seperti Kisah Pelayaran Abdullah (1838),

Hikayat Abdullah (1849) dan Kisah Pelayaran

Abdullah ke Juddah (1920) tidak akan terhasil

sekiranya Abdullah Munsyi tidak mengunjungi atau

melawat pelbagai negeri Melayu sewaktu era

penjajahan Inggeris dahulu dan mencatat apa-apa

yang dilihatnya menerusi kaca matanya sendiri.

Hari ini kita telah mendapat memanfaatkan karya

penulisan pengembaraan beliau itu kerana

dijadikan sebagai rujukan dalam pendidikan.

Kita tidak sewajarnya membataskan diri kita

berada di negeri sendiri sahaja dan bergantung

kepada pembacaan buku semata-mata untuk

mendapatkan ilmu tetapi sesekali-sekala dalam

hidup perlu mengembara atau melancong ke

tempat orang lain. Dengan mengembara seseorang

akan mendapat sesuatu idea atau pengalaman

baharu yang tidak ada dalam buku atau kadangkala

tidak pernah difikirkan sebelum ini sekaligus dapat

menyuntik semangat bahar u. Selain itu,

pengalaman di luar negara mampu mendewasakan

kita di mana worldview atau pandangan juga

mungkin akan berubah setelah kita dapat melihat

dan mengalami sendiri perbezaan budaya, nilai

serta fahaman yang penduduk di situ. Paling

penting, setelah berada jauh dari tanah air, kita

akan mempunyai satu perspektif yang mungkin

lebih adil dan matang tentang negara kita sendiri

atau pun negara yang dilawati. Sebagai contoh

selepas saya melancong ke Acheh , Indonesia pada

November 2012, tempat yang pernah dilanda

tsunami yang maha dahsyat, pandangan saya

berubah terhadap musibah tsunami itu sendiri. Di

sebalik satu kesedihan dan trauma, rupanya

Tsunami itu sebenarnya satu rahmat kepada

penduduk Acheh kerana mereka amat positif dan

bersyukur diberi ingatan oleh Allah Yang Maha

Penyayang. Mereka dilhat lebih positif dan menjadi

manusia yang lebih baik dan taat kepada sang

Pencipta kerana merasa sangat bersyukur diberi

peluang kali kedua untuk hidup. Perasaan kasihan

terhadap orang Acheh yang mengalami Tsunami

tiba-tiba bertukar kepada perasaan kasihan dan

malu terhadap diri sendiri kerana kita di Malaysia

selama ini berada dalam zon yang selesa dengan

keamanan dan kestabilan bentuk muka bumi yang

jauh dari lingkaran gunung berapi. Mungkin

kealpaan dan kesenangan membuatkan kita terlupa

akan banyak nikmat Tuhan yang kita kecapi.

! Muka Surat 39

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!