15.05.2019 Views

WADAH 2013

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Wadah Pendidik! Edisi 1 2013

merentas jurang serta membina jambatan antara

pelbagai etnik dan budaya dalam sesuatu bilik

darjah boleh membantu memberi peluang

pendidikan yang sama kepada semua murid. Harus

dijelaskan disini bahawa peluang pendidikan yang

sama tidak bererti memberi layanan yang sama

kepada semua individu. Sebaliknya, peluang

pendidikan yang sama bermaksud melayan setiap

individu dengan cara berbeza agar mereka

mempunyai peluang sama untuk memaksimumkan

potensi dalam diri mereka.

Pendidikan kepelbagaian budaya merupakan

satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

kompleks dan ia melibatkan peluang saksama

dalam bilik darjah dan sekolah, transformasi

kurikulum, proses ke arah kecekapan budaya dan

komitmen terhadap keadilan sosial (Bennett, 2011).

Dalam sesebuah negara yang sedang membangun

dan berbilang kaum seperti Malaysia, pendidikan

kepelbagaian budaya amat releven khususnya bagi

mencapai kecemerlangan akademik dan peluang

pendidikan yang saksama. Potensi murid yang

tidak dapat dikembangkan akibat situasi sosial

ataupun amalan sekolah merupakan satu kerugian

kepada masyarakat dan negara. Perhitungan

kerugian kumulatif ini akan memperlihatkan

kehilangan para saintis, doktor, pengkaji, pendidik,

ahli perniagaan yang berupaya meningkatkan

Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain.

Keperihatinan ini bukan sahaja terhad kepada

murid yang berpotensi malah ia juga melihat

kepada kepercayaan bahawa semua murid

mempunyai kapasiti untuk mencapai

kecemerlangan. Ini selaras dengan rancangan

Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “setiap

murid mempunyai potensi untuk berjaya” dalam

inisiatif strategik bagi tumpuan pendidikan

2011-2020.

Usaha ke arah pendidikan yang saksama dalam

persekitaran yang terdiri daripada pelbagai budaya

memerlukan guru yang budaya kompeten dalam

pengajaran. Guru seperti ini mempunyai keupayaan

untuk melihat perbezaan yang wujud dalam bilik

darjah beliau sebagai aset. Beliau akan berupaya

menyediakan persekitaran pembelajaran dimana

bahasa, warisan budaya muridnya diberi nilai dan

dihargai. Amalan kesepaduan pengetahuan yang

menjurus kepada penggunaan contoh, data,

maklumat dan visual daripada pelbagai budaya

dilaksanakan semasa menjelaskan konsep atau

teori dalam sesuatu topik. Gur u boleh

menggunakan pelbagai gaya pengajaran yang sejajar

dengan gaya pembelajaran murid dari kumpulan

budaya dan etnik tersebut. Jika guru hendak

meningkatkan peluang pembelajaran untuk semua

murid maka beliau perlu mempunyai pengetahuan

sosial dan budaya dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran. Ini kerana, walaupun budaya bukan

satu-satunya pengaruh dalam kehidupan murid,

namun wujud tingkahlaku yang berkait rapat

dengan budaya sesuatu kumpulan etnik (Au, 1979).

Seseorang guru yang efektif juga akan sedar tentang

latarbelakang serta budaya kumpulan etnik

muridnya dan berupaya menterjemah pengetahuan

tersebut kepada pengajaran yang berkesan (Gay,

2000). Seterusnya, guru juga memainkan peranan

dalam mengurangkan sikap prejudis dalam

kalangan muridnya melalui strategi yang mampu

membina sikap positif terhadap etnik dan budaya

yang berbeza. Ini dapat dilaksanakan melalui

penggunaan bahan pengajaran yang memaparkan

imej kumpulan etnik dan budaya lain secara

konsisten dan bersepadu. Disamping itu,

penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran

koperatif dengan murid lain turut membantu

membina sikap serta tingkah laku positif terhadap

etnik dan budaya yang berbeza.

Interaksi, komunikasi, penerimaan, saling

hormat menhormati adalah antara ramuan yang

penting dalam sesebuah masyarakat yang berbilang

kaum. Individu yang melibatkan diri dalam

kepelbagaian sesuatu budaya akan memperoleh

manfaat dan menikmati pengalaman menyeluruh

kemanusiaan. Sebaliknya, individu yang hanya

mengetahui dunia daripada perspektif pengalaman

budaya dan etnik tersendiri menafikan dirinya

daripada mendapat pengalaman kemanusiaan yang

menyeluruh. Mereka adalah individu yang

terkurung dalam budaya dan etnik tersendiri dan

akibatnya tidak dapat memahami budayanya

sendiri dengan sepenuhnya. Ini kerana kita hanya

boleh memahami budaya sendiri dengan jelas

apabila kita berupaya melihatnya daripada

perspektif kumpulan etnik dan budaya yang lain

(Banks, 2002). Misalnya, seekor ikan tidak akan

dapat menghargai keunikan persekitarannya kerana

dia tidak boleh mengamati dunianya daripada luar

akuarium di mana dia berada. Justeru, seseorang

pendidik yang berhadapan dengan murid daripada

pelbagai budaya harus memahami budayanya

sendiri dan juga budaya muridnya. Kefahaman ini

akan membantu guru mengetahui beberapa

perkara tentang dirinya sendiri dan juga anak

muridnya misalnya tingkah laku, pengertian

terhadap realiti serta apakah yang dilihat sebagai

kebenaran (Bennett, 2011).

! Muka Surat 31

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!